Tular khabar angin Tengku Zafrul bakal sertai PKR, ini respon Pengerusi UMNO Selangor

Photo of author

By Syima Iza

Tular khabar angin Tengku Zafrul bakal sertai PKR, ini respon Pengerusi UMNO Selangor.

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Ketua Bahagian UMNO Kota Raja, sebelum ini didakwa akan menyertai PKR. Keputusan mengenai perkara itu dijangka terjawab semasa Kongres PKR yang akan berlangsung dua hari lagi, pada Ahad ini.

Terbaru, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, menyifatkan dakwaan tersebut sebagai khabar angin semata-mata.

Tular khabar angin Tengku Zafrul bakal sertai PKR, ini respon Pengerusi UMNO Selangor

Percaya Tengku Zafrul Masih Sayang Pada UMNO

Menurut laporan Berita Harian, Datuk Megat Zulkarnain yakin bahawa kasih sayang Tengku Zafrul terhadap UMNO masih kuat dan hubungan mereka kekal baik.

Beliau turut mendedahkan bahawa minggu lepas beliau ada bertemu Tengku Zafrul semasa pertemuan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Bagaimanapun, tidak ada perbincangan langsung mengenai dakwaan tersebut.

“Saya tak ada dengar dan tidak dapat makluman, maka saya menganggapnya sebagai khabar angin. Saya duduk sebelah Tengku Zafrul ketika pertemuan dengan Presiden UMNO dan perkara itu tidak ditimbulkan sama sekali,” katanya.

Sumber Dalaman Dakwa Sahih, Pihak Tengku Zafrul Enggan Ulas

Menurut laporan portal FMT, pihaknya cuba menghubungi pembantu Tengku Zafrul, namun mereka enggan mengulas mengenai isu tersebut.

Sumber dalaman mendedahkan, jika penyertaan Tengku Zafrul ke dalam PKR menjadi kenyataan, beliau dijangka memainkan peranan lebih besar dengan kemungkinan memegang jawatan Menteri dalam usaha memacu pentadbiran dan kemajuan ekonomi Selangor.

Tengku Zafrul kini merupakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri dengan status Senator. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB dan Menteri Kewangan semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Baca Juga:
“Lepas aku baca nota isteri, hampir setahun kahwin aku tak pernah sentuh dia, semua berpunca daripada bapa mentua dia”
“Berapa bulan tak tukar ni?”- Netizen geli tekak lihat peniaga goreng ayam guna minyak masak warna hitam
Penduduk gempar buaya panjang 3 meter ditemui dalam sawah