Tular kedai makan sediakan puluhan botol sabun basuh tangan, pelanggan pening nak pilih yang mana satu

Tular kedai makan sediakan puluhan botol sabun basuh tangan, pelanggan pening nak pilih yang mana satu

Umum ramai mengetahui setiap kali kita mahu cuci tangan di kedai makan, pasti akan terkena scam di mana sabun basuh tangan ‘cair’ disebabkan sabun yang sudah tinggal sedikit ditambah air.

Bagaimanapun pengalaman sekumpulan gadis ini agak luar biasa apabila mereka menemukan sebuah kedai yang tidak scam dan menyediakan puluhan botol sabun basuh tangan.

Menerusi perkongsian video TikTok @thoughtsbyzati, dia dan rakan-rakannya berasa terkejut dan gembira apabila melihat terdapat puluhan botol sabun basuh tangan pelbagai jenama dan bau yang disediakan pada ruangan sinki.

Tular kedai makan sediakan puluhan botol sabun basuh tangan, pelanggan pening nak pilih yang mana satu

“Rahmatilah perniagaan ini,” itulah kata-kata netizen selepas melihat video tersebut.

Menurut netizen, untuk jumpa satu botol sabun basuh tangan yang ‘asli’ pun sukar, apatahlah lagi nak jumpa berpuluh-puluh botol.

Netizen turut berjenaka, apabila diberikan sabun sebanyak itu pasti barisan untuk cuci tangan di sinki itu menjadi panjang kerana pelanggan pening kepala untuk pilih bau yang mereka suka.

Tular kedai makan sediakan puluhan botol sabun basuh tangan, pelanggan pening nak pilih yang mana satu

@thoughtsbyzatiMengamuk nih

♬ QKThr – Aphex Twin

Baca Juga:
Mekanik cipta kereta sorong terpantas di dunia
Video tular lembu terlepas buat kecoh di Lebuhraya Damansara – Puchong
Tapak tangan misteri muncul di cermin solek – ‘Netizen menggigil selepas tonton video’
CATEGORIES