Tular graduan terakhir buat aksi ‘ Suii’ masa ambil skrol, ini respon UniKL.
Ramai yang sedia maklum bahawa sekarang ini sedang berlangsung musim konvokesyen, dengan pelbagai kerenah graduan yang menjadi viral di media sosial. Dalam masa yang sama, timbul juga satu isu apabila ada pihak yang mengecam tindakan graduan yang melakukan pelbagai aksi ketika mengambil skrol di pentas.
Ada yang berpendapat bahawa majlis graduasi adalah majlis formal yang penuh dengan protokol dan para graduan harus menghormati majlis tersebut. Oleh itu, video yang tular ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Video tersebut menunjukkan seorang graduan terakhir yang melakukan aksi ‘Suii Celebration’ sebelum menerima skrol. Kedengaran sorakan ramai penonton apabila melihat graduan tersebut melakukan aksi tersebut.
Ada netizen yang mengecam dan ada juga netizen yang anggap bahawa ia adalah satu perkara biasa dan tak perlu diperbesarkan kerana ia adalah Institut Pengajian Tinggi Swasta.
Memandangkan perkongsian ini tular, pihak IPTS tersebut iaitu Universiti Kuala Lumpur (UniKL) tampil memberikan respon.
Kata mereka, perkara itu tidak perlu diperbesarkan dan mohon orang ramai untuk bertenang. Katanya, tujuan mereka membuat posting dan aksi sebegini adalah untuk mempamerkan kemeriahan majlis konvokesyen UniKL dan upacara mereka berbeza dengan universiti lain.
Bila pihak universiti sendiri kata tak ada apa, jadi memang tak ada sebarang kontroversi yang timbul lah.