Tular gambar wanita berkelakuan pelik tayang payudara dan punggung di tempat awam

Tular gambar wanita berkelakuan pelik tayang payudara dan punggung di tempat awam

Tular gambar wanita berkelakuan pelik tayang payudara dan punggung di tempat awam.

kecoh sejak semalam di media sosial selepas beberapa keping foto memaparkan seorang wanita berkelakuan tidak senonoh termasuk menunjukkan payudara serta punggung di tempat awam, menjadi tular.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya kini sedang menyiasat perkara tersebut.

Tambahnya, pihaknya mengesan empat keping gambar wanita itu yang dikatakan berlaku di Jalan Gaya Street pada pukul 5.20 petang.

Tular gambar wanita berkelakuan pelik tayang payudara dan punggung di tempat awam

“Dua keping gambar dirakam pada waktu malam memaparkan seorang wanita menunjukkan payudara serta punggungnya, manakala dua keping gambar lagi yang dirakam waktu siang memaparkan wanita itu berpakaian dalam di Jalan Gaya.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mohd. Zaidi memohon kerjasama orang ramai yang mengenali individu itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Hatin Amera Mohd Khir di talian 011-12939436.

Baca Lagi:
Tiga Muslimat Pas Sungai Petani pulang dari Muktamar maut dirempuh kereta
“Dah tak ada originaliti Ke?” – Hafidz Roshdi berang bekas isteri muat naik gambar manis ketika masih bersama untuk promote barang
Akhirnya terjawab kenapa kucing suka buka mulut ketika terhidu sesuatu yang busuk
CATEGORIES