Tular gambar Tok Mat merokok di kedai makan, ini respons Menteri Kesihatan

Photo of author

By Syima Iza

Tular gambar Tok Mat merokok di kedai makan, ini respons Menteri Kesihatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menegaskan bahawa tiada sesiapa yang akan terlepas daripada tindakan undang-undang, terutamanya individu yang merokok di kawasan larangan.

Dr. Dzulkefly berkata demikian bagi mengulas tentang satu foto yang tular di media sosial yang menunjukkan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan sedang merokok di sebuah restoran.

Tular gambar Tok Mat merokok di kedai makan, ini respons Menteri Kesihatan

“Setelah Akta 852 (Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awan, 2024) berkuat kuasa pada 1 Oktober lalu, saya berpegang kepada prinsip bahawa ‘tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang’,” katanya di laman X.

Sebelum itu, foto yang dimuat naik di media sosial itu menunjukkan Mohamad memegang rokok di sebuah restoran, yang menyebabkan pelbagai reaksi daripada netizen.

Namun, lokasi dan waktu foto itu diambil tidak dapat dipastikan.

Sehubungan itu, ramai pihak meminta agar Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil tindakan tegas mengenai isu tersebut.

“Sekarang ini nak tahu berani tak ambil tindakan dekat menteri?” soal Adee.

“Tolong ambil tindakan. Jangan cakap sahaja,” jelas Seroja.

Baca Lagi:
Skandal suami orang Kelantan ajar santau isteri hingga badan membongkok
Sembilan rakyat Malaysia ini sedang menuju ke Baitullah hanya berjalan kaki dan berbasikal
Jual 2 menu sahaja, wanita raih pendapatan RM16,000 sebulan dari hasil mesin layan diri