Tular gambar beri makanan percuma kepada tentera Zionis, Pizza Hut bakal berdepan diboikot masyarakat dunia

Photo of author

By Syima Iza

Tular gambar beri makanan percuma kepada tentera Zionis, Pizza Hut bakal berdepan diboikot masyarakat dunia.

Pizza Hut berdepan boikot besar-besaran daripada masyarakat seluruh dunia selepas rangkaian makanan segera itu dilaporkan menyokong negara Israel dengan memberi makanan percuma kepada tentera Zionis.

Pada 19 Januari, Pizza Hut Israel telah membuat siaran semula (repost) sebuah gambar di Instagram Stories daripada pengguna @alex_shults.

Tular gambar beri makanan percuma kepada tentera Zionis, Pizza Hut bakal berdepan diboikot masyarakat dunia

Gambar tersebut menunjukkan dua askar Israel tersenyum sambil memegang timbunan kotak pizza Pizza Hut.

Agensi berita Palestin termasuk Rangkaian Berita Quds mula berkongsi semula tangkapan layar gambar tersebut di Instagram dan X sehingga mencetuskan gerakan untuk memboikot daripada mereka yang menyokong Palestin.
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, beberapa gerakan telah digerakkan bagi menggalakkan boikot besar-besaran terhadap jenama yang dianggap menyokong Israel, seperti Starbucks dan Mcdonald’s.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by VICE News (@vicenews)

Sehingga kini Pizza Hut tidak memberi maklum balas secara terbuka kepada gerakan boikot tersebut atau apa-apa kenyataan yang menafikan bahawa bahawa piza yang diberikan kepada tentera tersebut.

Baca Juga:
Rozita Che Wan nafi bangkrap, dedah setiap bulan bayar RM50,000 cukai diri sendiri
Hanya bermodalkan RM180, abang ni siapkan penyidai DIY paip PVC buat bini tersayang
‘Apa masalah dia ni?’ – Pemandu Toyota Camry halang laluan ambulans dikecam orang ramai