Tular gambar bangkai makhluk asing dibedah siasat di makmal undang tanda tanya

Photo of author

By Syima Iza

Tular gambar bangkai makhluk asing dibedah siasat di makmal undang tanda tanya.

Beberapa gambar tular di media sosial memaparkan bangkai didakwa makhluk asing, dibedah siasat di makmal kemudahan Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) dikenali sebagai Area 51, lapor akhbar Metro UK.

Gambar pertama memaparkan anggota badan kelihatan seperti saraf tunjang berukuran 2 meter panjang yang bersambung dengan beratus-ratus saraf dan saluran darah.

Tular gambar bangkai makhluk asing dibedah siasat di makmal undang tanda tanya

Gambar kedua menunjukkan anggota badan yang kelihatan terbahagi kepada dua sistem dengan setiap satunya didakwa untuk sisi badan berbeza.

Gambar ketiga pula lebih jelas iaitu memaparkan sistem saraf yang kelihatan seperti ranting pokok.

Bagaimanapun, sebilangan netizen menyatakan bahawa semua imej itu palsu. Kata mereka, foto tersebut dihasilkan menggunakan aplikasi kepintaran buatan, Midjourney.

Siri foto itu dikongsikan oleh seorang pengguna platform Reddit menerusi akaun shaner4042.

Baca Juga:
Selepas ketuk pintu, penduduk nampak lembaga hitam merangkak
Pemandu Uber siap guna karaoke hiburkan penumpang buat ramai terpegun
Wanita dikecam warganet gara-gara lepaskan ratusan ikan hiasan ke dalam sungai