Tular dua lelaki jalan kaki dari Malaysia ke Mekah untuk tunai Haji tahun 2025

Photo of author

By Syima Iza

Tular dua lelaki jalan kaki dari Malaysia ke Mekah untuk tunai Haji tahun 2025.

Pada tahun lalu, kisah seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU), Harrynizam Saleh, tular apabila beliau berjalan kaki seorang diri dari Bidor, Perak menuju Mekah untuk menunaikan ibadah haji.

Lelaki berusia 42 tahun itu menerima rezeki luar biasa apabila seorang individu di Jeddah menaja tiket penerbangannya ke Mekah semasa dalam pengembaraan tersebut. Dengan izin Allah SWT, Harrynizam berjaya tiba di Tanah Suci lebih awal daripada waktu yang dijangkakan.

Tular dua lelaki jalan kaki dari Malaysia ke Mekah untuk tunai Haji tahun 2025

Dua Lelaki Berjalan Kaki ke Mekah untuk Haji 2025

Terbaharu, dua lelaki yang dikenali sebagai Bukhari dan Azizul menjadi perhatian di media sosial kerana memulakan pengembaraan menuju Mekah bagi menunaikan haji pada tahun 2025, dipercayai dengan berjalan kaki.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @qoryellia, mereka memulakan perjalanan dari Masjid Jamek Kampung Changkat Lobak, Bagan Serai, Perak pada 1 Disember. Pada hari pertama, mereka berjalan sejauh 38 kilometer dari Kampung Changkat Lobak ke Parit Buntar, sebelum bermalam di sebuah masjid di kawasan tersebut..

@qoryellia Bismillah❤️. #caridanterusmencari #pengembaraanhaji #menujumakkah #lambaiankaabah #terimakasihorangbaik #manusiayangpenuhdosa #fypagetiktok #fypforyoupageシ #fypforyou #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – DNP

Hari Kedua: Parit Buntar ke Bukit Mertajam

Pada 2 Disember, Bukhari dan Azizul meneruskan perjalanan sejauh 31 kilometer menuju Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Mereka merancang untuk berehat di sana sebelum menyambung perjalanan ke destinasi berikutnya, dengan matlamat akhir tiba di Tanah Suci.

Dalam video berasingan, Bukhari berkongsi bahawa mereka juga menerima jemputan untuk menjamu selera di sebuah restoran bernama Pak Mat Western sepanjang perjalanan mereka.

Menurut Bukhari, perkembangan perjalanan mereka ke Tanah Suci akan dikemaskini secara berkala di akaun TikToknya.

@qoryellia HARI PERTAMA❤️, rasa macam nak try nasi lemak esok😬. #caridanterusmencari #pengembaraanhaji #menujumakkah #lambaiankaabah #terimakasihorangbaik #terimakasihorangbaik #manusiayangpenuhdosa #fypagetiktok #fypforyoupageシ #fypforyou #fyppppppppppppppppppppppp @ACHIKAIZUL ♬ original sound – DNP

Sokongan dan Doa daripada Orang Ramai

Di ruangan komen media sosial, ramai pengguna menitipkan doa agar pengembaraan Bukhari dan Azizul dipermudahkan dan mereka sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.

@qoryellia #CapCut Jom ke @pakmatwesternhq , jumpa di sana ya🥰. #caridanterusmencari #pengembaraanhaji #menujumakkah #lambaiankaabah #terimakasihorangbaik #manusiayangpenuhdosa #fypagetiktok #fypforyoupageシ #fyppppppppppppppppppppppp #fypage @ACHIKAIZUL ♬ original sound – DNP

Ada juga yang menyatakan hasrat untuk bertemu mereka bagi memberi sumbangan berupa makanan, minuman, atau wang tunai.

Perjalanan Panjang tetapi Bukan Mustahil

Untuk makluman, berjalan kaki menuju ke Mekah bukanlah sesuatu yang mustahil, meskipun jaraknya hampir 10,000 kilometer. Ini kerana perjalanan darat dari Malaysia ke Tanah Suci boleh ditempuh tanpa halangan laut, menjadikannya sebuah pengembaraan yang mencabar tetapi boleh direalisasikan dengan semangat dan kesungguhan.

Baca Juga:
Budak 12 tahun jumpa azimat bentuk kumbang scarab Mesir berusia 3,500 tahun di Israel
Usahawan makan sebiji pisang berharga RM27.6 juta, beli 100,000 lagi daripada Shah Alam
Lelaki ini jadi individu pertama di dunia pakai baju silat masuk pertandingan Hyrox