Tular anggota polis trafik mengantuk terhoyong-hayang semasa bertugas jadi bualan netizen. Polis akan meneliti kesihatan seorang anggota trafik menjadi bualan netizen selepas kelihatan mengantuk ketika menjalankan tugas.
Rakaman anggota trafik yang berdiri tegak kelihatan terhoyong-hayang itu tular sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah mengesahkan kejadian tersebut berlaku di Bulatan Uplands, Kuching pada Jumaat lalu.
“Kejadian berlaku ketika anggota terbabit melakukan penugasan kawalan penarikan kesesakan lalu lintas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, keadaan kesihatan anggota terbabit akan diteliti bagi tindakan lanjut.
“Pihak polis mengucapkan penghargaan pada orang ramai yang prihatin terhadap anggota terbabit,” ujarnya.
Kuching, 14 Februari 2023 – Kenyataan Media oleh YDH ACP Ahsmon Bajah, Ketua Polis Daerah Kuching berkenaan Tular Video Berkaitan Anggota Polis Trafik Dilihat Mengantuk Ketika Menjalankan Tugas.
▶️IPD Kuching pic.twitter.com/UPsrAQFR2w— nan manjoi8715 (@nanmanjoi8715) February 14, 2023