Tular aksi pekerja kedai makan cuci periuk guna penyapu di Lipis dikecam netizen.
Tular rakaman di media sosial menunjukkan aksi seorang lelaki yang dipercayai pekerja sebuah kedai makan di sini membersihkan periuk menggunakan penyapu.
Klip video berdurasi dua saat itu dimuat naik di halaman Facebook Komuniti Anak-Anak Lipis sekitar pukul 5 petang tadi dan mendapat kritikan serta kecaman daripada netizen.
Dalam klip tersebut, lelaki tersebut dilihat sedang mencuci periuk di belakang premis yang dipercayai terletak di bandar Lipis, dan rata-rata netizen meminta agar pihak berkuasa melakukan siasatan demi keselamatan dan kesihatan pengguna di sini.
Basuh periuk pakai penyapu??🤮🤮 Lokasi depan Terminal Anggerik, Kuala Lipis..
Kredit video owner pic.twitter.com/wzniPuRouq
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) October 5, 2024