Tukang masak curah minyak panas atas tangan, hanya sapu sos tiram elak daripada melecur buat netizen terkejut

Tukang masak curah minyak panas atas tangan, hanya sapu sos tiram elak daripada melecur buat netizen terkejut

Seorang tukang masak berkongsi tips mengelakkan tangan melecur apabila terkena minyak panas iaitu dengan menyapu sos tiram, namun apa yang menarik perhatian ialah tindakannya mengorbankan tangan sendiri demi sebuah video tutorial.

Menerusi perkongsian di laman TikTok @rizaltomyam0890, lelaki tersebut bersungguh-sungguh menunjukkan tutorial sebenar elak kecederaan semasa terkena minyak panas dengan menuangkan minyak panas menggelegak terus ke tangannya.

Dalam video tersebut, lelaki itu turut memasukkan sedikit air di dalam minyak tersebut sehingga ia meletup, untuk membuktikan bahawa ia betul-betul panas.

Tukang masak curah minyak panas atas tangan, hanya sapu sos tiram elak daripada melecur buat netizen terkejut

“Tangan saya ni tiada bekas apa-apa ye, saya masak dah lama, lebih kurang dalam 12 tahun. Sapu sos tiram pada tangan dan biarkan ia, insya Allah tangan kita tidak akan melecur,” jelasnya di dalam video.

Tumpuan orang ramai untuk mempelajari tips mengelakkan tangan melecur ketika terkena minyak panas terganggu apabila melihat tangan si pembuat video disiram minyak panas.

“Ini tutorial tak kosong, doktor tengok pun dia mengucap banyak kali. Esok abang jangan lupa kongsi video selepas tutorial ok, nak tengok juga lah kesudahannya. Risau,” ujar @gigie_susu.

“Terima kasih abang, saya dah cuba di rumah. Lepas itu cari sos tiram tak jumpa bang, sos habis, sekarang ni dekat hospital, masuk ICU,” seloroh @rashhadi.

“Tips jujur, suami tukang masak, masa jari saya terpegang kuali panas, dia sapukan sos tiram. Lega, sejuk dan rasa denyut-denyut. Esok kebas sikit, sekarang tiada kesan langsung, steady jari, boleh tambah cincin emas,” kata @aqilahumairah.

@rizaltomyam0890 Tips bila terkena minyak panas tidak melecur tidak ngelembung #rizaltomyam #fyp ♬ bunyi asal – rizal tomyam

Baca Juga:
Lelaki ubahsuai Tesla kepada enjin petrol, boleh pandu sejauh 2,574 km tanpa cas
Parah ni! Zul Ariffin kenal, Tunku Abdul Rahman dikatakan anggota RELA?
Penjual dadih tiup seruling mendayu-dayu buat orang ramai hiba
CATEGORIES