Tukang gunting terpaksa botakkan kepala setelah rambutnya dicukur pelanggan

Tukang gunting terpaksa botakkan kepala setelah rambutnya dicukur pelanggan

Tukang gunting terpaksa botakkan kepala setelah rambutnya dicukur pelanggan.

Seorang pelancong dari Russia mencukur sebahagian rambut depan tukang gunting rambut di Pattaya, Thailand kerana tidak berpuas hati dengan hasil kerja lelaki tersebut.

Laman berita The Pattaya Daily News melaporkan, ketika kejadian, Supachai Maneecharoen sedang menggunting rambut pelanggan terbabit di Jomtien, baru-baru ini.

Tukang gunting terpaksa botakkan kepala setelah rambutnya dicukur pelanggan

Disebabkan kekangan bahasa, pelanggan lelaki berkenaan menggunakan isyarat tangan untuk menjelaskan mengenai potongan rambut yang dimahukan sebelum Supachai memulakan tugasnya.

Namun, pelanggan itu tidak berpuas hati dengan potongan rambut yang dihasilkan oleh lelaki tersebut.

Pelancong dari Russia itu kemudian menarik kepala Supachai dan merampas pencukur sebelum mencukur rambut hadapannya. Dia kemudian melarikan diri dengan menggunakan motosikal.

Susulan kejadian itu, Supachai membuat laporan polis dan terpaksa membotakkan rambutnya.

Baca Juga:
Jurulatih renang dalam ketakutan kereta diletupkan Along depan rumah
Bekas tentera dakwa bertemu makhluk asing biru, dibawa masuk dalam kapal angkasa
Wanita hamil 12 minggu kongsi cerita sedih dibuang kerja, jual laksa demi kelangsungan hidup
CATEGORIES