Tubuh isteri hancur direndam asid angkara perbuatan suami.
Malang nasib seorang penuntut perubatan, Arnima Hayat, yang maut selepas mandi asid akibat perbuatan suaminya, Meraj Zafar.
Mirror UK melaporkan, Meraj, 20, dipercayai melakukan perbuatan itu kerana cemburu melihat Arnima, 19, bersama lelaki lain.

Difahamkan, mandian itu mengandungi asid hidroklorik dan terdapat satu mayat yang ditemui dalam keadaan tertiarap.
Tubuh Arnima hancur akibat rendaman asid tersebut sehingga terpaksa dikenalpasti melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan identitinya.
Sebelum itu, Meraj dan trak kerjanya hilang dan menjadi suspek utama.
Imejnya didedahkan polis dan 20 jam kemudian dia menyerah diri.
Polis menyusun garis masa dan membuat kesimpulan Arnima dibunuh hanya 45 minit selepas menghantar mesej terakhirnya kepada rakannya.
Meraj meninggalkan tempat kejadian iaitu rumah pangsa pada 9.55 malam dan ketika itu Arnima sudah meninggal dunia.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pagi berikutnya menunjukkan Meraj memandu trak ke premis menjual kelengkapan rumah dan membeli 20 liter asid hidroklorik.
Dia kemudiannya kembali ke premis berkenaan untuk membeli 80 liter lagi asid hidroklorik.
Hasil siasatan, polis mendapati Meraj membunuh Arnima dan cuba untuk membuang mayat wanita itu.
Menurut rekod, pasangan itu berkahwin secara rahsia tanpa dihadiri rakan dan keluarga pada Oktober 2021.
Mereka tinggal bersama di sebuah rumah pangsa dekat pinggir bandar Sydney di Parramatta Utara dan semakin renggang dengan keluarga.