Tubuh Faisal Halim dibalut seperti ‘mumia’

Photo of author

By Syima Iza

Pemain utama Harimau Malaya, Faisal Halim, mengalami penderitaan yang hebat apabila seluruh badannya dibalut seperti ‘mumi’ dalam usaha untuk memastikan dia tidak dijangkiti kuman.

Situasi ini dikongsi oleh Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar, yang menyatakan bahawa Faisal, yang lebih dikenali sebagai Mickey, mengalami kecederaan di bahagian muka, leher, lengan, dan badan akibat daripada curahan asid.

Beliau menyatakan bahawa walaupun Faisal sudah sedar, tetapi dia akan menghadapi proses pembedahan kedua pada petang ini, dan meminta doa dari orang ramai supaya prosedur tersebut berjalan lancar.

Tubuh Faisal Halim dibalut seperti 'mumia'

“Saya baru saja melawat Faisal dan alhamdulillah dia sedar, tetapi dijadualkan untuk menjalani pembedahan kedua pada petang ini. Dia meminta doa dan mengirim salam kepada rakan-rakan lain.

Kemungkinan akan ada pembedahan lain dan dia dijangka berada di unit rawatan rapi (ICU) hospital selama sekurang-kurangnya 10 hari,” katanya, ketika ditemui di lobi hospital, sebentar tadi.

Sebelum ini, Arena Metro melaporkan insiden yang melibatkan pemain kebangsaan itu yang cedera disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.

Kejadian tersebut menyebabkan Faisal mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk mukanya dan kini sedang dirawat di sebuah hospital di Shah Alam.

Faisal, yang juga merupakan pemain utama Selangor FC, dilaporkan telah menjalani pembedahan pertama di sebuah hospital di Shah Alam.

Kondisi kesihatan Faisal, yang juga merupakan nadi kepada Selangor FC, semakin membimbangkan apabila dikatakan berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan pertama.

Sementara itu, Shahril, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, menyatakan bahawa doktor turut memberitahu bahawa penggunaan asid sulfurik oleh pelaku mampu menyebabkan kecederaan serius kepada Faisal.

Baca Juga:
Hasil menabung selama 3 tahun, peniaga apam balik beli rumah guna duit syiling
Selepas Akhyar, Faisal Halim diserang, ramai cadang pemain bola ‘pasang’ bodyguard
Lelaki terkejut lihat cara ular sawa panjat pokok pada waktu malam