Tuah makan malam, wanita terkejut temui mutiara dalam tiram

Tuah makan malam, wanita terkejut temui mutiara dalam tiram

Tuah makan malam, wanita terkejut temui mutiara dalam tiram. Seorang wanita di negeri Texas, Amerika Syarikat (AS) ternyata memiliki tuah apabila menemui sebutir mutiara di dalam tiram semasa menikmati makan malam romantik, lapor akhbar New York Post semalam.

“Kami sedang makan tiram dan menemui sebutir mutiara,” kata Kenia Mac kepada laman berita Jam Press mengenai penemuan itu.

Mac bersama kekasihnya, Juan Manuel ketika kejadian sedang menikmati makan malam di sebuah restoran makanan laut di Dallas.

Tuah makan malam, wanita terkejut temui mutiara dalam tiram

Dia pada awalnya menemui sebuah objek berkilat dalam hidangan tiram yang dipesan. Setelah memeriksa, ia ternyata adalah sebutir mutiara.

“Ia kecil tetapi ia adalah mutiara,” katanya.

@keniamac @Benjamín Zamora ♬ sonido original – KENIA MAC

Mac masih belum menghantar mutiara itu untuk dinilai keasliannya, namun ia berpotensi mencecah sehingga beribu-ribu ringgit, demikian menurut laman Pearl Source.

Baca Lagi:
Isteri maut, suami masuk ICU termakan ikan buntal beracun
Ahlong ugut peminjam wang tak bayar hutang dan hina agama Islam
Teringin nak makan kaki ayam, lelaki terbeli sup kaki ayam kuku panjang macam ‘zombie’
CATEGORIES