Trend manusia jadi haiwan makin menjadi-jadi di tengah jalan raya

Photo of author

By Syima Iza

Trend manusia jadi haiwan makin menjadi-jadi di tengah jalan raya.

Satu trend popular telah muncul dalam kalangan remaja di Russia dan negara bekas Kesatuan Soviet lain, di mana golongan remaja ini berpakaian menyerupai haiwan serta menyerang orang ramai di jalanan, lapor akhbar The Sun UK.

Remaja-remaja tersebut meniru ciri-ciri dan tingkah laku haiwan seperti menyalak, menggeram, merangkak, serta menyerang orang lain apabila merasa terancam.

Trend manusia jadi haiwan makin menjadi-jadi di tengah jalan raya

Satu rakaman video menunjukkan sekumpulan remaja berpakaian kostum haiwan sambil merangkak di jalan-jalan di Uzbekistan. Rakaman lain pula memaparkan seorang kanak-kanak berpakaian seperti kucing, yang ditambat dengan tali oleh ibunya.

Mereka dikenali sebagai Quadrobers kerana meniru pergerakan dan bunyi haiwan sambil memakai elemen seperti topeng, kuku, dan ekor.

Susulan trend ini, pihak berkuasa tempatan mengancam untuk mengenakan denda terhadap ibu bapa yang anak-anak mereka didapati melakukan quadrobbing di khalayak ramai.

Baca Juga:
Pelancong asing mahu bawa pulang 5 perkara positif di Malaysia ke negara UK
Orang Jepun pula tiru kereta Malaysia, sanggup ubah suai K-Car jadi Kelisa
‘Malaysia Lagi Laju Buat Kerja’, Lelaki kongsi pengurusan tong sampah moden di Turki raih perhatian ramai