Tragis! Isteri maut dibelasah suami dengan tukul besi disyaki akibat cemburu

Photo of author

By Syima Iza

Tragis! Isteri maut dibelasah suami dengan tukul besi disyaki akibat cemburu. Seorang isteri maut akibat dibelasah oleh suaminya dengan tukul besi disyaki akibat cemburu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.00 pagi tadi di Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun yang menyebabkan mangsa, 41 tahun, cedera parah di dahi dan muka.

Sebelum kejadian, mangsa baru pulang ke rumah selepas menghantar anaknya ke sekolah dan setibanya di rumah pasangan itu mula bergaduh.

Tragis! Isteri maut dibelasah suami dengan tukul besi disyaki akibat cemburu

Menurut sumber, motif sebenar kejadian masih dalam siasatan .

Difahamkan, selepas mangsa dibunuh, suspek keluar dari rumah dan pergi ke rumah datuknya yang terletak tidak jauh dari lokasi sebelum memberitahu seorang kakaknya, dia telah membunuh isteri dengan tukul besi sambil menangis dan ketakutan.

Suspek kemudian pulang semula ke rumah sambil menangis melihat isterinya sudah tidak bernyawa terbaring di ruang tamu.

Suspek dilaporkan cuba membunuh diri kerana ketakutan dan dapat dipujuk ahli keluarga dan jiran .

Keluarga suspek kemudiannya menghubungi polis dan memujuk lelaki itu menyerah diri sebelum dibawa ke Balai Polis Bukit Besi.

Pasangan berkenaan dikatakan baru mendirikan rumah tangga, tahun lalu dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 6 bulan.

Mangsa adalah peniaga di kampung berkenaan dan mempunyai enam anak hasil perkahwinan sebelum ini.

Baca Lagi:
Dah menang jakpot RM14 juta, tapi lelaki ini tetap stress, ini sebabnya
Peminta sedekah tahun 2023 lain macam, siap naik Perodua Aruz selepas selesai pusing kedai makan
Selagi tak berbogel, tak ada isu pun – Aliff Syukri