Tragedi pesawat terhempas: Saya dengar mangsa jerit ‘Allahuakbar’ – Saksi

Photo of author

By Syima Iza

Tragedi pesawat terhempas: Saya dengar mangsa jerit ‘Allahuakbar’ – Saksi.

“Saya dengar jeritan Allahuakbar beberapa kali daripada penunggang motosikal yang terbakar itu yang sempat bergerak sedikit namun kami semua tidak dapat berbuat apa-apa kerana api terlalu marak.”

Itu kata pekerja Pengurusan Air Selangor yang ingin dikenali Ihsan, 37, yang melihat kejadian sebuah pesawat terhempas dekat kawasan perumahan Elimina di Seksyen U16, di sini, hari ini.

Tragedi pesawat terhempas: Saya dengar mangsa jerit 'Allahuakbar' - Saksi

Menurutnya, sebelum kejadian itu dia sedang membaca meter air berhampiran lokasi terbabit dan menaiki motosikal ke Persiaran Elmina untuk membaca meter di lokasi seterusnya namun tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat di belakang.

“Saya pusing belakang lihat kepulan asap dan terus berpatah balik.

“Ketika itulah saya lihat penunggang motosikal itu menjerit kalimah Allah dan bergerak sedikit sebelum rentung dalam kebakaran itu,” katanya kepada Harian Metro.

Ihsan berkata, ketika itu dia juga melihat seorang dari pesawat itu berada di luar dalam keadaan rentung.

Baca Lagi:
Graduan kaki tidur dapat anugerah Naib Canselor buat ramai kagum
Gara- gara nak selamatkan kucing, budak perempuan 13 tahun hilang sebelah kaki digilis trak
Ramai yang tak tahu Kelantan pernah jadi pusat pelacuran terbesar, digelar sebagai ‘Paris of Malaya’