Tragedi banjir di Kelantan, restoran terapung dibawa arus deras

Photo of author

By Syima Iza

Tragedi banjir di Kelantan, restoran terapung dibawa arus deras.

Banjir di Kelantan semakin teruk apabila sebuah restoran terapung, JL Fara Houseboat, dihanyutkan oleh arus deras akibat hujan lebat yang berterusan.

Kejadian tersebut berlaku selepas sebuah pokok besar tumbang dan menimpa bahagian dapur restoran itu pada malam sebelumnya.

Tragedi banjir di Kelantan, restoran terapung dibawa arus deras

Pokok Besar Timpah Dapur, Restoran Terapung Hanyut

Pengusaha restoran, Fara Sharina, meluahkan rasa sedih melihat hasil titik peluhnya hanyut bersama peralatan lain.

“Hati ini luluh, ya Allah,” tulisnya dalam satu hantaran di media sosial. Beliau turut memohon doa agar restoran dan rumah rakit miliknya dapat diselamatkan walaupun keadaan kini tidak menentu.

Mangsa Banjir Terus Meningkat

@farajl_ terima kasih yang mendoakan… terima kasih yang sanggup menolong kami😭😭 ada yang naik sampan, ada yang naik boat bersama anak. ya allah terima kasih 😭😭 terima kasih yg tak terhingga.. #farajl #jlfarahouseboat #jlfara #kelantan #sungaikelantan ♬ original sound – FARA JL

Menurut laporan Kosmo! Online, jumlah mangsa banjir di Kelantan telah meningkat kepada 12,145 orang dengan 96 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di sembilan daerah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat, menyatakan bahawa keadaan masih terkawal, namun penduduk dinasihatkan supaya terus berwaspada dan segera berpindah jika situasi semakin buruk.

Baca Juga:
Bomba ‘terakam’ imej wajah seram bertaring ketika bertugas
Cik B akhirnya beri respon selepas kecoh isu 4 buah kereta mewah milik DS Vida kena sita
Rumah ‘corner lot’ serupa setinggan mahu disewa RM1,700 sebulan buat netizen terkejut