Top 5 selebriti terkenal mempunyai bau badan tengik, meloyakan.
Kemasyhuran, kekayaan, dan status sebagai selebriti popular tidak menjamin kesempurnaan dalam setiap aspek.
Di Hollywood, terdapat beberapa suara tidak puas hati dengan bau kurang menyenangkan yang datang dari fizikal beberapa bintang terkemuka.
Ada yang menghadapi masalah bau mulut yang tidak berkesudahan, ‘aroma’ kaki yang menjengkelkan, dan ada juga yang tidak percaya dengan penggunaan deodoran atau minyak wangi.
Mereka lebih selesa ‘hidup’ dalam dunia sendiri dan tidak menghiraukan kritikan daripada orang sekeliling.
Berikut adalah senarai Top 5 selebriti Barat yang dikatakan mempunyai masalah bau badan atau anggota tubuh lain yang mengganggu individu di sekeliling mereka.
DONALD TRUMP
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) dan bintang program realiti The Apprentice, Donald Trump, dilaporkan mempunyai masalah bau badan yang sangat teruk. Pelawak Kathy Griffin, yang pernah bekerja dengannya, mendedahkan bahawa bau badan Trump sangat meloyakan semasa mereka bekerjasama dalam The Apprentice.
Adam Kinzinger, seorang bekas pengamal undang-undang, menyifatkan bau badan Trump seperti campuran bau ketiak, sos tomato, dan punggung. Malah, orang di sekeliling Trump perlu memakai pelitup muka jika berada berhampiran dengannya kerana bau badannya yang kuat dan tidak menyenangkan.
BRAD PITT
Brad Pitt, bintang Hollywood yang terkenal, juga dilaporkan mempunyai masalah bau badan. Menurut laporan tabloid The Enquirer, bekas isteri Pitt, Angelina Jolie, pernah mengeluh mengenai bau badan lelaki itu yang dikatakan seperti aroma minuman atau sup yang dibuat di rumah.
Pitt juga dikatakan tidak gemar mandi dan lebih selesa membersihkan diri menggunakan tisu basah bayi. Hal ini diketahui umum semasa penggambaran filem Inglourious Basterds, di mana Pitt menggunakan alasan bahawa tisu basah lebih cepat dan tidak membuang masa.
ROBERT PATTINSON
Bintang utama filem Twilight, Robert Pattinson, juga dikaitkan dengan masalah bau badan yang dikatakan membuat ramai berasa tidak selesa. Seorang kru produksi The Twilight Saga: New Moon mendedahkan bahawa Pattinson memang berbau busuk.
Dalam satu temu bual bersama majalah Allure, Pattinson mengakui bahawa bau badannya seperti pensil krayon dan dia jarang menggunakan cologne, walaupun menjadi wajah bagi pewangi terkenal, Dior Homme.
JOHNNY DEPP
Walaupun menjadi wajah bagi wangian terkenal Dior Sauvage, dalam kehidupan sebenar, Johnny Depp dikatakan lebih selesa dengan bau badannya yang semula jadi. Ramai rakan pelakon Depp mengakui bahawa dia mempunyai masalah bau badan yang meloyakan, terutamanya bau mulut akibat ketagihan alkohol.
Semasa penggambaran filem The Tourist, Angelina Jolie, yang ketika itu berlakon bersama Depp, memaksa Depp menggunakan ubat kumur dan gula-gula berangin sebelum babak bercium. Depp juga dikatakan tidak suka mandi dan tidak percaya bahawa kerap mandi adalah tanda kebersihan diri.
SHIA LABEOUF
Pelakon dan penari Maddie Ziegler, yang pernah membintangi muzik video Shia LaBeouf bertajuk Elastic Heart, mendedahkan bahawa LaBeouf enggan membasuh tangannya yang kotor.
Menurut laporan Daily Mail, seorang sumber mendedahkan bahawa LaBeouf pernah tidak mandi selama seminggu, namun ini bukan masalah bagi aktor yang terkenal dengan filem Transformers itu.
LaBeouf juga pernah membuatkan para pelakon filem Fury tersinggung apabila dia mencungkil sisa makanan dari giginya di hadapan orang ramai tanpa rasa malu.