“Tolong kasi duda aku tinggal spender” – Cik Epal gesa LHDN siasat bisnes pizza wagyu bekas suami.
Pempengaruh media sosial, Cik Epal, hari ini telah menggesa pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyiasat bekas suaminya yang mengusahakan perniagaan pizza wagyu.
Melalui pendedahan yang dibuat di Instagram (IG) miliknya, Cik Epal telah berkongsi secara terperinci jumlah jualan yang diperoleh oleh bekas suaminya melalui penjualan pizza wagyu tersebut setiap bulan.
“LHDN, tak ada orang berniaga tak nak untung. Tolong kasi duda aku tinggal spender,” tulisnya di IG Stories akaun Cik Epal.
Cik Epal membidas dakwaan bekas suaminya yang mengatakan perniagaan itu tidak menguntungkan, sambil mendedahkan bahawa perniagaan tersebut mampu menggajikan pekerja dengan bayaran antara RM600 hingga RM1,600 sehari.
“Sehari buat 500 keping pizza. 500 keping x RM150 bersamaan RM75,000 jualan sehari. Buat setiap hujung minggu, Sabtu dan Ahad. Sebulan boleh dapat sekitar RM600K jualan. Semua benda percuma tu semua marketing untuk tarik orang beli pizza dia,” ujarnya lagi.
Malah, dia menambah bahawa makanan dan minuman yang ditawarkan secara percuma sewaktu penjualan pizza wagyu itu hanyalah satu marketing stunt untuk menarik minat orang ramai membelinya.
Di samping itu, dia juga memberi bayangan jikalau pembayaran hanya dalam tunai adalah satu taktik untuk melarikan diri dari dikenakan cukai oleh pihak LHDN.
Sumber: Instagram