Tol Lebuhraya Besraya, Lekas turun lepas sebulan Anwar jadi PM

Photo of author

By Syima Iza

Tol Lebuhraya Besraya, Lekas turun lepas sebulan Anwar jadi PM. Tol bagi lebuh raya kendalian kumpulan IJM Corporation Berhad, iaitu Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Kajang – Seremban (Lekas) akan diturunkan kadarnya mulai 1 Januari 2023.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexendar Nanta Linggi, persetujuan kumpulan IJM menurunkan kadar tol tersebut selaras dengan keputusan Jemaah Menteri yang dibuat pada 21 Disember 2022.

“Persetujuan penurunan kadar tol ini merupakan sebahagian daripada persetujuan penyusunan semula struktur dan kadar tol bagi kedua dua lebuhraya tersebut yang diputuskan oleh kerajaan.

Tol Lebuhraya Besraya, Lekas turun lepas sebulan Anwar jadi PM

“Penurunan kadar tol adalah sebanyak RM0.15 bagi kenderaan kelas 1 yang melalui plaza tol Loke Yew dan Mines (arah Utara dan Selatan) Lebuhraya Besraya.

“Manakala kadar tol bagi kenderaan kelas 1 dikurangkan daripada 0.1811 sen per km kepada 0.1666 sen per km bagi Lebuhraya Lekas bagi sistem tol tertutup, dan kadar tol kekal seperti sedia ada bagi sistem tol terbuka iaitu di Plaza Tol Ampangan,” katanya

Tol Lebuhraya Besraya, Lekas turun lepas sebulan Anwar jadi PM

Menurut beliau lagi, kadar tol yang dikutip pada masa ini adalah sebanyak RM2.00 sehala bagi kenderaan kelas 1 yang melalui mana mana plaza tol Lebuhraya Besraya dan RM8.30 sehala bagi kenderaan kelas 1 yang menggunakan keseluruhan Lebuhraya Lekas.

Katanya, melalui penurunan kadar tol mulai 1 Januari 2023, kenderaan kelas 1 yang melalui mana mana plaza tol Lebuhraya Besraya akan membayar RM1.85 sehala, manakala bagi pengguna yang menggunakan keseluruhan Lebuhraya Lekas akan membayar RM7.80 sehala.

Tambah Nanta Linggi, penurunan kadar tol bagi kedua dua lebuhraya itu adalah bagi sepanjang tempoh konsesi

Tol Lebuhraya Besraya, Lekas turun lepas sebulan Anwar jadi PM

Katanya, melalui penyusunan semula struktur dan kadar tol bagi kedua dua lebuhraya itu kerajaan akan dapat menjimatkan peruntukan bayaran pampasan yang dianggarkan sebanyak RM1.978 bilion sepanjang tempoh konsesi bagi kedua dua lebuhraya.

“Cadangan penurunan kadar tol bagi kedua dua lebuhraya ini juga adalah tanda keprihatinan kerajaan dalam membantu rakyat yang berdepan dengan masalah kenaikan kos sara hidup ketika ini,” katanya lagi.

Baca Lagi:
Anwar dedah ada bekas menteri kewangan, bekas PM punggah kekayaan berbilion
Aaron Aziz tegur muslim ucap ‘Merry Christmas’
Tular PM Anwar menjadi salah satu soalan dalam program realiti di India