Tokan hidup mewah belajar proses dadah melalui WhatsApp dicekup, dadah bernilai RM4.61 juta dirampas

Photo of author

By Syima Iza

Kehidupan mewah seorang lelaki tempatan terbongkar apabila dia sebenarnya adalah ketua dalam sindiket pengedaran dadah jenis heroin dan syabu di negeri ini.

Suspek berusia 38 tahun itu ditahan pada Jumaat lalu di Sungai Ara dan penahanannya membongkar kegiatan suspek memproses dadah di sebuah rumah teres tiga tingkat di Sungai Ara. Malah, suspek turut menyewa sebuah pangsapuri di Batu Uban untuk dijadikan stor penyimpanan dadah.

Selain penahanan suspek, polis turut merampas dadah bernilai RM4.61 juta serta enam pucuk pistol pelbagai jenama dan 100 butir peluru.

Tokan hidup mewah belajar proses dadah melalui WhatsApp dicekup, dadah bernilai RM4.61 juta dirampas

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Khaw Kok Chin berkata, polis melancarkan operasi kira-kira pukul 5.30 petang, Jumaat lalu dan berjaya menahan suspek di persimpangan Jalan Changkat Sungai Ara.

“Dengan dipandu arah oleh suspek, kira-kira pukul 7.20 malam, polis menyerbu sebuah rumah teres tiga tingkat di Sungai Ara dan mendapati rumah yang disewa suspek dijadikan makmal memproses dadah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Kok Chin berkata, suspek dipercayai belajar ilmu memproses dadah daripada rakannya di Kuala Lumpur menerusi WhatsApp dan talian telefon.

“Polis turut menyita pelbagai aset suspek yang dianggarkan bernilai RM424,000 iaitu empat buah kereta (Honda HRV, Perodua Myvi, Toyota Alphard dan Volkswagen Arteon), dua buah motosikal (BMW dan Yamaha XMAX).

“Honda HRV didaftarkan atas nama anak saudara suspek, motosikal Yamaha XMAX atas namanya manakala Toyota Alphard, Volkswagen Arteon dan motosikal BMW didaftarkan atas nama isterinya.

Baca Juga:
Pesohor TikTok roboh rumah selepas suami ‘kantoi’ curang
Lelaki warga asing cabul budak perempuan 2 tahun di medan selera
Demi selamatkan tunang, lelaki melecur teruk disimbah cecair oleh individu tak dikenali