Tok siak cabul budak perempuan 12 tahun, tunjuk kemaluan di tandas surau

Tok siak cabul budak perempuan 12 tahun, tunjuk kemaluan di tandas surau

Tok siak cabul budak perempuan 12 tahun, tunjuk kemaluan di tandas surau. Tok Siak bersama seorang lelaki warga emas ditahan selepas disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Bukit Sentosa, di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Mohd Asri Mohd Yunus berkata,pihaknya mengesahkan telah menerima satu laporan polis berkaitan kes itu pada pukul 4.53 petang, kelmarin.

Katanya, kedua-dua suspek lelaki tempatan masing-masing berusia 56 dan 74 tahun itu ditahan selepas dipercayai menunjukkan kemaluannya kepada mangsa di sebuah tandas surau dan rumah suspek di Bukit Sentosa.
Tok siak cabul budak perempuan 12 tahun, tunjuk kemaluan di tandas surau

Gambar hiasan

“Bertindak di atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Hulu Selangor menangkap dua lelaki tempatan itu di dua lokasi berasingan sekitar kawasan Bukit Sentosa, di sini.

“Pemeriksaan ujian air kencing kedua-dua suspek didapati negatif dan tidak mempunyai sebarang rekod lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini,

Menurut Asri, suspek ditahan reman bermula dari semalam hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 (a) dan 15 (a)(i) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Katanya, pihaknya juga percaya dengan tertangkapnya kedua-dua suspek ini telah berjaya menyelesaikan kes ini.

“Justeru, kami nenasihati orang ramai untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tidak tepat serta menularkan berita-berita yang palsu,” katanya.

Baca Lagi:
Wanita gantung 30 helai seluar dalam pada kabel elektrik, protes projek perumahan
Guru wanita bersama kekasih gelap dicekup suami dalam bilik hotel
Anggota polis berpangkat lans koperal tembak mati isteri disaksikan bapa mertua
CATEGORIES