TMJ buat ‘sport check’ mengejut periksa keadaan padang SNBJ

Photo of author

By Syima Iza

TMJ buat ‘sport check’ mengejut periksa keadaan padang SNBJ.

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hadir melakukan ‘sport check’ mengejut untuk melihat keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Pemeriksaan itu dilakukan Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) ketika anak buah Esteban Solari menjalani sesi latihan rasmi menjelang aksi final Piala Malaysia menentang Terengganu FC (TFC) malam esok.

TMJ buat 'sport check' mengejut periksa keadaan padang SNBJ

Hasil tinjauan Arena Metro menyaksikan Tunku Ismail turut ditemani Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Mohd Faidz Sanusi.

Tunku Ismail dilihat memeriksa beberapa bahagian terutama di tengah padang yang dilaporkan tidak rata hingga boleh mendatangkan kecederaan kepada pemain dalam aksi final itu.

Malah kelihatan TMJ meluangkan masa hampir 20 minit dan sempat beramah mesra bersama pemain serta barisan jurulatih di tengah padang SNBJ itu.

Sebelum ini, Arena Metro melaporkan permukaan padang tidak bersedia lagi untuk ‘menyambut’ aksi final Piala Malaysia membabitkan pertembungan skuad Penyu dan Harimau Selatan itu.

Terdapat dua bahagian yang dilihat bertampal dan tidak rata terutama di bahagian tengah padang dan belakang padang di sebelah kanan dari arah tempat duduk kenamaan.

Baca Lagi:
Keras betul hati Bezza! Lebih 28 unit peronda polis kejar Perodua Bezza dari PJ sampai ke Cyberjaya
Keluarga sedang bersantai di kolam renang terkejut nampak kelibat ‘pontianak’ atas pokok selepas azan maghrib
Pak Arab tunggang isu Palestin buat live kat TikTok raih ‘gift’ dari orang ramai