TMJ beri bayangan ‘sesuatu besar akan berlaku dalam JDT tidak lama lagi’

Photo of author

By Syima Iza

TMJ beri bayangan ‘sesuatu besar akan berlaku dalam JDT tidak lama lagi’. Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, memberi petunjuk bahawa ‘sesuatu yang besar’ bakal berlaku dalam Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara itu dinyatakan oleh Tunku Mahkota Ismail, yang juga pemilik JDT, selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Qatar Sport Investment dan Presiden Paris Saint-Germain (PSG), Nasser Al-Khelaifi.

“Adalah satu penghormatan dapat bertemu dengan Pengerusi Qatar Sport Investment dan Presiden Paris Saint-Germain, Nasser Al-Khelaifi. Sesuatu yang besar akan berlaku tidak lama lagi.

TMJ beri bayangan 'sesuatu besar akan berlaku dalam JDT tidak lama lagi'

“Sesuatu yang belum pernah kami lakukan sebelum ini,”** kata Tunku Mahkota Ismail dalam satu kenyataan di laman X, HRH Crown Prince of Johor.

Kenyataan itu turut dikongsi di laman Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers.

Rekod Kecemerlangan JDT

JDT terus mengukuhkan status sebagai pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M) dengan mempertahankan kejuaraan Liga Super selama 10 tahun berturut-turut sejak 2014. Selain itu, pasukan ini juga berjaya merangkul empat kali Piala FA dan Piala Malaysia.

Pertemuan dengan Presiden FIFA

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Satu Johor (@satujohor)

Sebelum ini, Tunku Mahkota Ismail turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino. Dalam pertemuan tersebut, Infantino menyatakan kesediaan FIFA untuk menyokong Malaysia dalam tiga aspek utama iaitu penyelidikan, infrastruktur, dan pembangunan.

Bayangan perubahan besar ini mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan penyokong dan pemerhati bola sepak mengenai hala tuju baharu JDT dalam masa terdekat.

Baca Juga:
Lelaki kudung kedua belah tangan didakwa guna ilmu hitam cabul 17 perempuan
Jenazah mualaf ditahan 24 jam kerana suami tak mampu bayar RM1900?
Kajian global dedah rakyat Malaysia & Indonesia paling malas di dunia