
Tip hilangkan kesan watermark pada cermin kereta hanya guna pes pencuci pinggan
Tip hilangkan kesan watermark pada cermin kereta hanya guna pes pencuci pinggan.
Ini Tip Mudah Dan Murah Hilangkan Watermark Pada Cermin Kereta. Seperti yang diketahui ramai, titisan air yang dibiarkan akibat hujan, embun atau membasuh kereta boleh menyebabkan watermark pada cermin kereta. Menurut sumber, watermark ini memang sukar dihilangkan apa lagi kalau dibiarkan lebih lama tanpa dicuci.
Bagaimanapun, seorang individu memuat naik satu hantaran mengenai cara atau tip yang mudah untuk hilangkan watermark pada cermin kereta.
Menerusi perkongisannya di laman TikTok, beliau berkongsi cara mudah menghilangkan watermark pada cermin kereta ini dengan hanya menggunakan pes pencuci pinggan.
Tip hilangkan kesan watermark pada cermin kereta guna pes pencuci pinggan
1.Ambil pes pencuci pinggan (sebaiknya jenama Labour kerana teksturnya lebih halus).
2.Basahkan cermin kereta kemudian ambil span dan calit pencuci pinggan tadi.
3.Gosok pada cermin kereta yang mempunyai watermark tapi pastikan secara membulat supaya lebih berkesan.
4.Selepas itu sembur cermin kereta dengan air, bilas sabun sehingga bersih.
5.Lepas bilas anda akan dapat kesan watermark dah hilang! Kemudian lap cermin kereta hingga kering.