Tip beli tayar kereta agar tidak tertipu dengan pemilik kedai tayar

Photo of author

By Syima Iza

Tip beli tayar kereta agar tidak tertipu denga pemilik kedai tayar. Dari seorang kawan. Minggu lepas semasa balik dari Penang, stering mula bergegar. Suspek utama memang tayarlah puncanya. So, pergi lah kedai tayar area Taiping, minta mereka cek. Ya, memang betul tayar dah bengkak.

Esok nak ke Melaka pulak. Nak tak nak kena tukar jugak tayar ni. So tanyalah pomen tu harga tayar. Yang second tayar korek pun RM80. Yang baharu ada yang RM175 @ RM185. Baik ambil yang baharu, puas hati. Minta mereka bawa keluar tayar tu, nak tengok. Pomen tu pun bawaklah tayar baharu yang harga RM175.

Bila tanya tahun buatan tayar tu, muka pomen dah mula cuak. Baru dia habaq tayar tahun 2014. So apa lagi kene sound lah.

Tip beli tayar kereta agar tidak tertipu denga pemilik kedai tayar

“Tayar lama u jual RM175 ke? Tahu tak tayar ni dah expired? Mana boleh jual harga ni”. Saya suruh dia pergi tanya tauke berapa harga tayar tu. Mula2 mereka bagi RM120. tak minta kurang sampai dapat RM105 untuk sebiji tayar. Hmmm, mm tayar korek pun dah RM80. Baik amik yang ni. So dapat lah 4 biji tayar baru dgn harga RM420 rim 15′.

Moral of story?

Sebenarnya kita selalu tak kena tipu dengan kedai tayar. Mereka akan keluarkan tayar yang lama untuk clearkn stok dan jual pada harga baru. So, kalau yang nak tukar tayar tu, berhati2lah supaya kita tak tertipu.

Berikut ialah senarai kod yang patut kita tahu.

Semoga dapat manfaat bersama.
Sahabat semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan tak sepatutnya digunakan lagi (expired).

Info Pasal tayar kenderaan;

1. Kod Tayar Kenderaan:Contoh 205/65/R1594H

  • 205 = Lebar
  • 65 = Tinggi
  • R = Radial
  • 15 = Saiz / Rim
  • 94 = Had Maksimum
    Bebanan
  • H = Had Maksimum
    Kelajuan 210km/jam

Lihat Abjad yang last;

  • S = Maksimum Had Laju
    180 km/jam
  • T = Maksimum Had Laju
    190 km/jam
  • U = Maksimum Had Laju
    200 km/jam
  • V = Maksimum Had Laju
    240 km/jam
  • Z = Maksimum Had Laju
    240 km/jam
  • W = Maksimum Had Laju
    270 km/jam
  • Y = Maksimum Had Laju
    300 km/jam

Sebab tu banyak berlaku kemalangan yang berpunca daripada kes tayar pecah kerana pemilik kenderaan tidak arif tentang kemampuan larian tayarnya dalam keadaan di malaysia.

2. Setiap Tayar Ada 4 Angka tercatat Di Sisi Tayar.

Contoh 0514
  • Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.
  • Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan.
  • Tayar baharu yang berusia lebih drpd LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).
  • Jika anda menukar tayar yg baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yg terkini.
Semoga perkongsian ini membantu kalian agar tidak ditipu oleh pemilik kedai tayar.

Semoga info ini memberi manfaat kepada kita semua.

Baca Lagi:
Apakah cara terbaik untuk halau tikus dalam rumah? Buat 7 cara ini, pasti berkesan
Rupanya ada 8 warna lagi yang orang tak pernah tahu
Menara KL dijual secara senyap-senyap oleh kerajaan dahulu?