Tinggal bersama mayat reput berbulan-bulan, warga emas akhirnya tembak diri sendiri

Tinggal bersama mayat reput berbulan-bulan, warga emas akhirnya tembak diri sendiri

Tinggal bersama mayat reput berbulan-bulan, warga emas akhirnya tembak diri sendiri. Seorang lelaki berusia 60 tahun bertindak menembak dirinya sendiri selepas tinggal bersama mayat yang telah reput selama berbulan-bulan, lapor akhbar Daily Mirror kelmarin.

Dalam kejadian di negeri Texas, Amerika Syarikat itu, pasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian selepas beberapa jiran mengadu menghidu bau busuk dari dalam rumah lelaki berkenaan selain melihat kediaman itu dipenuhi lalat.

Ketika polis mahu memasuki rumah tersebut, mereka terdengar bunyi tembakan. Sejurus memasuki kediaman itu, polis melihat seorang lelaki terbaring di atas lantai dalam keadaan berlumuran darah akibat terkena tembakan.

Tinggal bersama mayat reput berbulan-bulan, warga emas akhirnya tembak diri sendiri

Dalam masa sama, satu mayat lelaki lain ditemui dalam sebuah bilik berasingan dengan keadaan telah reput, dipercayai ditinggalkan selama berbulan-bulan.

Hubungan antara kedua-dua lelaki itu masih belum jelas namun, mereka dipercayai tinggal serumah.

Jiran-jiran turut menyifatkan kedua-dua lelaki berkenaan sebagai perahsia dan tidak bergaul dengan orang lain.

“Semalam (kelmarin), ketika saya sedang memotong rumput dan pergi ke bahagian belakang rumah, saya melihat banyak lalat yang bersaiz besar di rumah mereka.

“Kami amat terkejut. Ia amat menakutkan. Mayat lelaki tersebut hanya 6 meter dari rumah kami,” kata jiran sebelah rumah, Alton Bell.

Polis sedang menyiasat punca kematian kedua-dua lelaki tersebut.

Baca Lagi:
Selepas iklan jual buah pinggang sendiri, guru terima gaji tertunggak
Bukti cukup untuk dakwa kes beri wang kepada pengundi Marang – Sumber SPRM
Kecoh DJ terima panggilan ‘wanita misteri’, netizen mula kongsi video yang sama dengan kejadian wanita itu kereta jatuh gaung
CATEGORIES