Tinggal anak bawah 10 tahun dalam kenderaan boleh didenda lebih RM600

Photo of author

By Syima Iza

Tinggal anak bawah 10 tahun dalam kenderaan boleh didenda lebih RM600.

Direktorat Trafik Arab Saudi memberi amaran kepada semua pemandu di negara itu supaya tidak meninggalkan kanak-kanak tanpa pengawasan di dalam kenderaan, lapor laman berita Gulf News semalam.

Mengikut undang-undang Arab Saudi, meninggalkan kanak-kanak bawah umur 10 tahun di dalam kenderaan dianggap sebagai pelanggaran lalu lintas dengan denda dikenakan adalah antara 300 riyal (RM373.95) hingga 500 riyal (RM623.24).

Tinggal anak bawah 10 tahun dalam kenderaan boleh didenda lebih RM600
Gambar hiasan

Arahan itu dilakukan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak semasa dalam perjalanan.

Pemandu-pemandu kenderaan juga dinasihatkan untuk menggunakan tempat duduk keselamatan kanak-kanak bagi meningkatkan keselamatan dalam kenderaan

Baca Lagi:
Kecoh! Pengadil dikejar pemain, pegawai PBT di kejohanan 9 sebelah
Gambar ‘Selfie’ baru Mawar Rashid undang pelbagai reaksi netizen, ada yang perasan sesuatu…
‘Berlambak muka macam ini kat kampung aku’ – Netizen tarik balik pujian kata pemandu lori viral kacak lepas tengok video interview