Tindakan usahawan kosmetik dedah suami curang melalui TikTok live undang pelbagai reaksi netizen

Tindakan usahawan kosmetik dedah suami curang melalui TikTok live undang pelbagai reaksi netizen

Tindakan usahawan kosmetik dedah suami curang melalui TikTok live undang pelbagai reaksi netizen. Setiap pasangan yang sudah berkahwin pastinya impikan hubungan diijab kabul berkekalan sehingga ke akhir hayat. Dalam pada itu, ujian yang hadir antara yang membuatkan sesebuah hubungan itu retak.

Itulah yang terjadi kepada seorang influencer dan juga usahawan kosmetik yang tampil berkongsi bersama netizen menerusi TikTok @lurveniaofficial.

Berdasarkan perkongsian, wanita yang dilabel netizen sebagai ‘berani’ ini bukan sahaja sempat merakam, malah sempat membuat TikTok Live sewaktu mendedahkan suaminya yang curang bersama wanita lain.

Tindakan usahawan kosmetik dedah suami curang melalui TikTok live undang pelbagai reaksi netizen

Menerusi perkongsian video yang dibuat, dapat dilihat beliau yang sambil membuat TikTok Live telah menghubungi suaminya serta turut membuat loud speaker untuk membolehkan para netizen menjadi saksi sebelum panggilan itu dijawab oleh teman wanita suami beliau.

@lurveniaofficial Tiada apa yg hendak dikata lagi, banyak kali bagi peluang masih sama….hari anniversary yg sepatotnya disambut bersama tapi dikhianati 🥹 jangan tanya kenapa tak serang, tiada penyelesaian jika ikot hati #fypシ゚viral #foryou #foryoupage #hatiyangkausakiti #curangitupilihanbukanpaksaan ♬ original sound – LURVENIA BEAUTY

Meraih lebih 3.8 juta tontona setakat artikel ditulis, wanita ini sempat memuat naik sebuah lagi video untuk berkongsi kepada netizen keperitan yang dilalui sempena ulang tahun perkahwinan beliau. Turut dikongsikan bersama detik menyambut sambutan ulang tahun perkahwinan tanpa suami disisi.

Perkongsian sedih yang dibuat secara tidak langsung telah menerima pelbagai respon di kalangan netizen. Terdapat netizen yang memaklumkan agar wanita ini membuat tuntutan cerai berdasarkan bukti yang sudah ada. Tidak kurang juga yang memaklumkan turut merasai keperitan yang terpaksa dilalui wanita ini.

@lurveniaofficial Video ni tiktok remove, takde mengganggu sesiapa pn kene remove jgk 🥹 #hatiyangkausakiti #fypシ゚viral #foryou #foryoupage #fyp #curangitupilihanbukanpaksaan ♬ original sound – LURVENIA BEAUTY

Sementara itu, terdapat juga netizen yang pelik dengan tindakan wanita yang merupakan usahawan ini dengan bertanyakaan tujuan memuat naik video di TikTok ini bertujuan untuk marketing atau sebaliknya. Setakat ini, wanita ini masih belum membuat sebarang video susulan berikutan insiden yang berlaku.

Tindakan usahawan kosmetik dedah suami curang melalui TikTok live undang pelbagai reaksi netizen

Baca Lagi:
Kakitangan Perhilitan maut keracunan makanan ketika menyertai pogram pemantauan di Gunung Gelamat
Suami curiga wajah anak mirip lelaki lain, sekali buat ujian DNA terkejut anak dari benih isteri curang dengan tuan rumah sewa
Isteri curang menyesal selepas terbaca mesej suami dalam loghat Kelantan
CATEGORIES