Tindakan pemandu grab ini kenakan caj tambahan jika bawa barang undang perbagai reaksi netizen

Tindakan pemandu grab ini kenakan caj tambahan jika bawa barang undang perbagai reaksi netizen

Tindakan pemandu grab ini kenakan caj tambahan jika bawa barang undang perbagai reaksi netizen. Setiap kali mendapatkan perkhidmatan e-hailing daripada mana-mana platform, sudah pastinya para pengguna akan dimaklumkan jumlah yang perlu dibayar berdasarkan apa yang dipaparkan pada aplikasi mengikut tempat yang ingin dituju.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang wanita menjadi mangsa seorang pemandu platform Grab di mana beliau terpaksa membayar lebih hanya kerana pemandu tersebut membantu mengangkat barang ke dalam kereta.

Situasi yang berlaku sekaligus menimbulkan rasa kurang puas pengguna Grab ini terhadap pemandu di mana beliau telah merakam sambil bertanya punca beliau dikenakan bayaran lebih sebelum dikongsikan menerusi TikTok @_zynbl.

Tindakan pemandu grab ini kenakan caj tambahan jika bawa barang undang perbagai reaksi netizen

Berdasarkan perkongsian, pemandu Grab yang mendakwa sudah menjadi pemandu lebih 5 tahun ini memamklumkan para penumpang sememangnya perlu membayar lebih sekiranya membawa barang. Tambahan lagi, pemandu ini memaklumkan beliau sendiri yang terpaksa membawa barang ke dalam kereta.

Situasi yang dikongsikan di TikTok telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang menyokong dan tidak menyokong tindakan pemandu Grab tersebut. Bukan itu sahaja, akaun rasmi Grab juga turut memberi komen isu yang berlaku dengan menyuruh pengguna Grab ini membuat laporan pada aplikasi mereka.

Meraih pelbagai respon di kalangan netizen, wanita ini tampil memuat naik sebuah lagi video penjelasan penuh isu yang berlaku di mana beliau memaklumkan kakaknya sebelum menaiki Grab telah membeli sedikit barangan yang terdiri daripada pampers dan susu bayi.

@_zynbl Spe yg bwk grab tu tlg explain jap mmg rule grab mcm ni eh? Kalau bwk brg2 yg kite bwk ada cas penambahan lagi? New rules grab 2023 ke ni? 😅 #fyp #fypシ゚viral #fypdongggggggg ♬ original sound – BELL

Membawa barangan pada tangan kanan dan kiri, kakaknya memilih untuk membuat pesanan Grab meskipun jarak tempat kerja ke rumah cuma sekitar 3 minit sahaja.

Dalam pada itu, segalanya berubah apabila tambang yang sepatutnya sebanyak RM6 dikenakan sebanyak RM11 di mana pemandu ini mendakwa RM5 dikenakan kerana membawa barang.

Meskipun berang dengan arahan yang dibuat oleh pemandu Grab tersebut, difahamkan kakaknya selaku penumpang turut membayar sebanyak RM11 kepada pemandu tersebut.

@_zynbl Replying to @GrabMY done explain🙂 semoga dgn penjelasan ni korang boleh faham 😅 sbb kekok nak ckp semenanjung tu yg gagap sikit 😂 #fyp #fypシ゚viral #fypsarawak #paritrajabatupahatjohor #anakrantau ♬ original sound – BELL

Pada ruangan komen, perkongsian wanita ini telah mendapat pelbagai respon di kalangan netizen. Malah, terdapat netizen yang memaklumkan turut pernah menjadi ‘mangsa’ pemandu ini yang turut dipaksa bayar lebih kerana membawa barangan.

Sementara itu, difahamkan pemandu Grab tersebut telah dikenakan tindakan oleh pihak Grab di mana beliau telah dikenakan sekatan untuk membawa penumpang.

Baca Lagi:
Wanita mualaf stres dianiaya makcik sendiri, pinjam duit insuran RM22,000 tak nak bayar
Sejadah masih lagi kering, tidak terusik walaupun rumah tenggelam banjir paras pinggang
10 kereta paling mahal di dunia setakat tahun 2023
CATEGORIES