Tikus ‘berenang’ dalam periuk berisi lauk untuk pelajar asrama

Photo of author

By Syima Iza

Sebuah klip video tular di media sosial memaparkan seekor tikus berenang di dalam periuk berisi lauk sebelum dihidangkan kepada pelajar, lapor saluran televisyen NDTV kelmarin.

Kejadian itu dirakam oleh seorang pelajar Kolej Universiti Kejuruteraan (JNTUH) Sultanpur di negeri Telangana, India baru-baru ini.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform X, tikus tersebut dilihat berenang dalam hidangan yang disediakan untuk pelajar asrama.

Tikus 'berenang' dalam periuk berisi lauk untuk pelajar asrama

Perakam turut mendakwa bahawa kakitangan tidak menjaga kebersihan dan keselamatan makanan dengan baik.

Perkongsian itu tular dan meraih kira-kira 75,000 jumlah tontonan. Rata-rata netizen berang dengan sikap petugas yang mengabaikan tanggungjawab mereka.

“Sukar dipercayai dan tidak boleh diterima sama sekali. Pertama, kami menemui serangga dalam makanan dan kini seekor tikus, walaupun pemeriksaan telah dilakukan,” kata seorang netizen.
“Keadaan ini bukan baharu di JNTU Sultanpur. Bermula pada 2016 hingga 2020, hampir setiap hari kami terpaksa berdebat dengan pihak pengurusan kerana menyediakan makanan tidak berkualiti kepada kami,” kata netizen lain.

Baca Juga:
Jangan cuba ambil harta dalam gua ini jika tak mahu ditimpa nasib malang!
Objek misteri berwarna hijau berlegar-legar di ruang udara Tehran
Wanita selamba gendong bayi guna tangan naik roller coaster