TikTokers anggap tindakan Fattah Amin tolak duit komisyen RM90,000 kurang bijak.
Pempengaruh di TikTok yang dikenali sebagai Pok Teh menganggap tindakan pelakon Fattah Amin menolak komisen hasil jualan kambing perap sebagai langkah yang kurang bijak.
Menerusi video yang dikongsikan, Pok Teh menyatakan bahawa dia tidak menyangka ada orang seperti Fattah yang melakukan pekerjaan tetapi memilih untuk tidak mengambil sebarang pendapatan.
“Dalam keadaan dia tengah ada masalah rumah tangga, dia boleh tolak pendapatan RM90,000. Bro, kau ni biar betul? Jarang orang yang sedang down boleh tolak bulat-bulat. Kau ni bukannya level T20.
“Nak dibandingkan dengan aku, level kau bawah sikit daripada aku, tapi aku tak tolak income yang masuk. Penat kita bekerja, itu hasil titik peluh.
“Jadi, kena terima juga walaupun RM1,000 ke, RM2,000 ke, apatah lagi RM90,000,” kongsi Pok Teh.
Menurut Pok Teh, bekas suami kepada aktres Nur Fazura ini sepatutnya mengambil sedikit wang komisen tersebut kerana itu adalah hasil titik peluhnya.
“Fattah Amin, kau ni tak ada akal ke? Aku nak menasihatkan pun, kau dengan aku siapa? Aku pun tak kenal kau. Kalau kira rupa, aku lagi handsome daripada kau.
“Cuma gigi aku je rongak sikit. Tapi kalau aku pakai braces, gigi aku okay, memang kau ketinggalan jauh. Macam ni la, kalau rasa kau tak boleh terima income, kau tak payah buat kerja.
“Kesian kau dah penat-penat bekerja, orang bayar gaji kau tolak. Aku malas masuk campur hal rumah tangga kau, tapi kalau kau single, aku boleh recommend. Bunga bukan sekuntum. Jangan sedih. Semoga kau terus sukses,” ujarnya.
Rata-rata netizen kurang bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pok Teh namun, masih ada segelintir mereka berpendapat mungkin ada maksud yang tersirat yang ingin disampaikannya.
@pokteh_racing3 #fyp #fyp #fyp ♬ bunyi asal – POKTEH_racing