Tiktoker terkenal rentung terperangkap dalam kren yang terbakar, meletup

Photo of author

By Syima Iza

Tiktoker terkenal rentung terperangkap dalam kren yang terbakar, meletup. Seorang pempengaruh terkenal Indonesia, Nirwana Selle dilaporkan meninggal dunia ketika bertugas di PT Gunbuster Nickel Industry (GNI), di Morowali Utara, Sulawesi Tengah.

Nirwana yang sering memuat naik kandungan dalam aplikasi TikTok mengenai kerjayanya sebagai operator kren dilaporkan maut selepas kren yang dikendalikannya terbakar.

Kejadian itu berlaku dengan bunyi letupan yang kuat ketika Nirwana mengendalikan ‘hoist crane’.

Tiktoker terkenal rentung terperangkap dalam kren yang terbakar, meletup

Api yang menyambar terlalu cepat dan marak menyebabkan Nirwana tidak sempat menyelamatkan diri dan maut akibat rentung.

Gadis itu berasal dari Desa Bunga, Mattiro Bulu di Pinrang, Sulawesi Selatan.

Dalam pada itu, ibu Nirwana, Darna memaklumkan gadis itu sudah bekerja di PT GNI selama 15 bulan.

“Dia baru sahaja bekerja di syarikat tersebut selepas lebih setahun menunggu tawaran kerja.

“Nirwana sebelum ini tidak mempunyai pengalaman mengendalikan kren, namun dia pelajari semua kemahiran itu ketika bekerja di GNI.

“Saya reda dengan apa yang berlaku dan semoga Allah SWT ampunkan semua dosa anak saya,” ujarnya sedih.

Sementara itu, Darna turut menolak dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan Nirwana menerima pekerjaan itu kerana mendapat tawaran gaji yang tinggi.

Jelasnya, anaknya menerima tawaran kerja tersebut kerana sudah menganggur terlalu lama dan dia enggan memilih kerja ketika ekonomi tidak stabil ketika ini.

Baca Lagi:
Budak perempuan terkejut, loya tergigit cicak hidup dalam aiskrim
Bersara dan ‘duduk di masjid’ tiada dalam perancangan masa depan Tun Dr Mahathir
Guru rogol, raba pelajar sekolah menengah Bintulu, Sarawak ditangkap di Thailand