Tiga lelaki didakwa sebar agama Kristian secara terbuka depan pasar raya diburu polis

Photo of author

By Syima Iza

Tiga lelaki didakwa sebar agama Kristian secara terbuka depan pasar raya diburu polis.

Polis sedang mengesan tiga individu susulan tular video yang menunjukkan mereka cuba menyebarkan agama Kristian di hadapan sebuah pasar raya di Desa Setapak.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, polis mengesahkan menerima satu laporan pada jam 10.19 malam Isnin lalu berhubung video tular yang mendakwa tiga individu menyebarkan risalah agama Kristian secara terbuka di hadapan sebuah pasar raya di Desa Setapak.

Tiga lelaki didakwa sebar agama Kristian secara terbuka depan pasar raya diburu polis

“Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

“Usaha mengesan tiga individu sedang dilakukan bagi membantu siasatan. Kes masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 54 saat di TikTok yang memaparkan individu terbabit, dipercayai warga asing, cuba menyebarkan risalah berkaitan ajaran Kristian sebelum ditegur oleh individu beragama Islam.

Mereka kemudian terus beredar dari lokasi itu selepas perbuatan mereka disedari.

VIDEO

Baca Lagi:
Dividen ASB dah masuk, ramai senyum sepanjang hari
Berita gembira buat rakyat Malaysia, OPR tahun 2025 dijangka diturunkan kepada 2.75%
Nombor Plat ‘ANU 1’ dibida RM269,000