Tidak semua orang tahu 4 jenis makanan ini ‘bahaya’ jika disimpan dalam peti sejuk

Tidak semua orang tahu 4 jenis makanan ini ‘bahaya’ jika disimpan dalam peti sejuk

Menyimpan makanan di dalam peti sejuk suatu perkara biasa agar ia tidak cepat rosak atau basi, selain mengelak pembaziran.

Bagaimanapun, tidak semua orang tahu ‘bahaya’ tersembunyi jika menyimpan sesuatu makanan dalam peti sejuk kerana boleh menghasilkan toksik sekali gus menjejaskan kesihatan mereka.

Ini kerana, ada makanan disimpan dalam tempoh tertentu dalam peti sejuk boleh mengundang risiko kepada manusia.

Tidak semua orang tahu 4 jenis makanan ini 'bahaya' jika disimpan dalam peti sejuk

Pakar kesihatan dari Mumbai yang juga seorang penulis, Dr Dimple Jangda, berkata empat jenis makanan yang disimpan dalam peti ais dalam satu tempoh tertentu boleh ‘meracuni’ manusia.

Jelasnya, makanan itu ialah bawang putih, bawang besar, halia dan nasi kerana jika disimpan dalam peti ais boleh bertukar toksik.

1. Bawang putih

Tidak semua orang tahu 4 jenis makanan ini 'bahaya' jika disimpan dalam peti sejuk

Menurut Dr Jangda, bawang putih adalah bahan mentah popular digunakan dalam banyak masakan.

Namun, bawang putih boleh berkulapuk (iaitu sejenis kulat yang tumbuh dalam persekitaran gelap, lembap dan hangat) jika disimpan dalam peti sejuk.

“Justeru, saya ingatkan kepada anda semua supaya jangan beli bawang putih yang sudah dikupas dan disimpan dalam peti sejuk kerana ia boleh berkulapuk dengan cepat,” katanya.

Bawang putih juga sebenarnya ada kaitan dengan kanser. Ia pun menghasilkan bau yang agak dahsyat bukan?

“Oleh itu, saya sarankan beli bawang putih segar yang dikupas. Yang belum dikupas, pastikan anda kupas bila hendak masak dan tidak sepatutnya di simpan dalam peti sejuk, letakkan saja,” katanya memetik laporan portal www.express.co.uk.

Dr Jangda turut memetik kajian dilakukan Universiti Cornell di Amerika Syarikat (AS) yang memberi amaran bahawa tabiat menyimpan bawang putih dalam peti sejuk bukan idea baik.

Katanya, ini kerana bawang putih mengandungi tahap keasidan yang rendah sekali gus menjadikannya terdedah kepada Clostridium Botulinum.

Clostridium Botulinum adalah sejenis mikroorganisma patogenik yang boleh menyebabkan demam dan kesakitan abdomen.

Ia boleh menyebabkan kematian khususnya kepada golongan yang berisiko tinggi seperti bayi, orang tua atau orang yang mempunyai sistem imuniti yang rendah.

2. Bawang besar

Tidak semua orang tahu 4 jenis makanan ini 'bahaya' jika disimpan dalam peti sejuk

Bagi bawang besar pula, Dr Jangda menyarankan agar tidak menyimpan bahan mentah itu yang dipotong separuh dalam peti sejuk kerana terdapat kemungkinan ia boleh bertukar bahaya.

Jelasnya, bawang besar adalah sejenis tumbuh-tumbuhan yang tahan suhu rendah.

“Apabila anda menyejukkannya, kanji akan mula bertukar menjadi gula dan mula memerangkap kulapuk. Ramai orang melakukan kesilapan ini dengan membelah separuh bawang, memasaknya dan menyimpan separuh lagi dalam peti sejuk.

“Jangan sesekali buat begitu. Ia mula mengumpul semua bakteria tidak sihat dan memerangkap kulapuk,” katanya.

3. Halia

Tidak semua orang tahu 4 jenis makanan ini 'bahaya' jika disimpan dalam peti sejuk

Menurut Dr Jangda, halia juga sama seperti bawang putih dan bawang merah yang terdedah kepada kulapuk.

Katanya, sebaik saja halia disimpan dalam peti ais, ia mula memerangkap kulapuk dengan cepat apa sejuk.

“Ia mula memerangkap kulapuk dengan cepat apabila anda sejuk. Itu boleh dikaitkan dengan kegagalan buah pinggang dan hati jika disimpan dalam peti sejuk dengan tidak betul.

“Jadi, elak menyimpan halia segar dalam peti sejuk dan simpan di tempat kering untuk mengelak pertumbuhan kulat,” ujarnya.

4. Nasi

Tidak semua orang tahu 4 jenis makanan ini 'bahaya' jika disimpan dalam peti sejuk

Nasi yang tidak habis biasa di simpan dalam peti sejuk. Amalan menyimpan nasi yang sudah dimasak dalam peti sejuk kerana ketahanan terhadap kanji dan ada segelintir fikir, ia membantu paras kolesterol serta gula dalam darah.

Tetapi sebenarnya, Dr Jangda berkata, nasi antara bahan yang paling cepat memerangkap kulapuk dan jika dibiarkan sejuk hendaklah tidak melebihi 24 jam.

Amaran sama dikeluarkan oleh Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) mengenai nasi yang tidak dimasak berpotensi mengandungi spora Bicillus Cereus.

Ia adalah bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Spora itu boleh hidup apabila nasi masak.

“Sebaik-baiknya, hidangkan nasi sebaik saja ia masak. Jika tidak boleh, maka sejukkan nasi secepat mungkin atau sebaik-sebaiknya dalam masa sejam.

“Simpan nasi dalam peti sejuk tidak lebih dari satu hari sehingga dipanaskan semula.

“Apabila anda memanaskan semula nasi, sentiasa periksa sama ada ia telah dikukus panas. Jangan panaskan semula nasi lebih daripada sekali,” jelasnya.

Baca Juga:
‘Nasib baik tak pengsan’ bekas tukang cuci terkejut menang RM1 juta cabutan sijil simpanan premium BSN
*”Walaupun grammar berterabur, tapi English dia semakin baik” – Netizen kagum Sajat dah pandai English!
Baru 7 bulan berkahwin, wanita hamil 5 bulan dicekup berkhalwat dengan rakan sekerja
CATEGORIES