Tidak mampu bercakap bahasa Arab, Dr Maza nafi kritik Ustaz Azhar Idrus

Tidak mampu bercakap bahasa Arab, Dr Maza nafi kritik Ustaz Azhar Idrus

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menafikan beliau terlibat membuat ulasan mengenai video tular mendakwa pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tidak mampu menguasai bahasa Arab.

Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza.berkata, beliau sama sekali tidak mahu mencampuri dakwaan berkenaan.

“Ini adalah berita yang palsu. Saya tidak pernah mengulas isu UAI tidak dapat memahami dan tidak dapat berbicara bahasa Arab itu.

Tidak mampu bercakap bahasa Arab, Dr Maza nafi kritik Ustaz Azhar Idrus

“Urusan beliau telah kita serahkan kepada ALLAH SWT. Dia Maha Mengetahui, Dia tidak lupa kepada sesiapa pun yang menzalimi pihak lain.

“Pada saya, setiap kita ada kelebihan dan kekurangan. Kelebihan kita kurniaan ALLAH SWT untuk kita bersyukur. Sementara kekurangan untuk kita insaf agar tidak menghina orang lain,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
Tular di aplikasi X apabila seorang pemilik akaun memuat naik satu klip video ketika sesi ceramah UAI, memaparkan seorang lelaki bertanya kepada UAI dalam bahasa Arab sebelum diterjemahkan oleh individu lain yang tidak kelihatan dalam video berkenaan.

Penterjemah tersebut memberitahu kepada UAI bahawa lelaki itu ingin tahu mengenai amalan UAI sehingga mampu mengumpulkan begitu ramai orang dalam majlis ilmu tersebut.

UAI kemudiannya menjawab dalam bahasa Melayu, bahawa ia berlaku kerana keberkatan ibu bapa peserta-peserta ceramah yang hadir.

Jawapan tersebut diterjemahkan semula dalam bahasa Arab kepada lelaki tersebut.

Video tersebut mengundang reaksi sinis pengguna X yang mempertikaikan kewibawaan UAI sebagai seorang ahli agama kerana mendakwa tidak mampu menguasai bahasa Arab.

@azmiey35 Pak arab jumpa uai,uai cakap arab🥰#ustazazharidrus#ustazazharidrusofficial#uai#fypシ゚viral#trending#capcut ♬ original sound – 🦂Z~MIE¥🦂 – 🆉-🅼🅸🅴🆈

Bagaimanapun, terdapat pihak yang menyelar dakwaan tersebut kerana klip video berkenaan telah dipotong dan tidak memberi gambaran sebenar yang berlaku, selain menjelaskan kemungkinan wujud kekeliruan dialek yang digunakan menyebabkan UAI sukar memahami pertanyaan tersebut.

Terdapat video lain yang dikongsi juga membuktikan situasi sebaliknya apabila memaparkan UAI berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan lelaki tersebut.

Sementara itu, Mohd Asri berkata, bahasa Arab ia adalah bahasa wajib bagi ilmu-ilmu Islam dan keupayaan memahami bahasa Arab dengan baik merupakan kelebihan untuk mendapat ilmu daripada ucapan dan pengajaran para ulama terbilang di dunia khususnya pada zaman teknologi masa kini.

Jelas beliau, memahami bahasa Arab juga rukun penting untuk membaca rujukan-rujukan ilmu Islam.

“Mazhab al-Syafii mazhab yang paling tegas dalam isu penguasaan bahasa Arab ini. Jika tidak faham bahasa Arab maka sukar memahami istibat hukum hakam agama yang dirumuskan oleh para ulama,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak mempersendakan orang lain sekiranya mendapati seseorang tidak berupaya menguasai bahasa Arab.

“Keupayaan yang ada pada kita juga merupakan kurniaan ALLAH SWT semata. Boleh mengkritik di sudut ilmiah tapi jangan mencerca,” katanya.

Baca Juga:

Wanita ‘enjoy’ jual sayur kampung, tunggang motosikal dari Changkat Jering ke KL
Ketua Pemuda Umno dukung bapa bawa pergi gunting rambut raih perhatian ramai
Dapat ‘payudara’ gara-gara nak jadi sado
CATEGORIES