Tiada elektrik, air, terpaksa guna bateri kereta untuk dapatkan internet – Dr Nurul Ain kongsi situasi genting di Gaza

Tiada elektrik, air, terpaksa guna bateri kereta untuk dapatkan internet – Dr Nurul Ain kongsi situasi genting di Gaza.

Seorang wanita warga Malaysia yang kini berada di Gaza memaklumkan serangan dari tentera Israel tanpa henti telah menyebabkan bekalan air dan elektrik terputus serta terpaksa mencari sumber lain untuk tampung keperluan harian.

Menerusi satu hantaran video di Facebook, Nurul Ain Haron berkata, beliau dan ahli keluarganya yang lain selamat dan hanya bergantung kepada beberapa sumber lain demi kelangsungan hidup.

“Terima kasih kepada yang bertanya khabar saya, maaf muka teruk sebab tidak cukup tidur.

Tiada elektrik, air, terpaksa guna bateri kereta untuk dapatkan internet - Dr Nurul Ain kongsi situasi genting di Gaza

“Serangan dari semalam tidak henti, boleh nampak sebelah sana ada asap hitam. Itu kawasan yang baru sahaja diserang,” katanya pada Isnin.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan, Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan angka kematian di Gaza meningkat hampir 1,000 dalam serangan yang memasuki hari keempat.

Memetik laporan CNN, kementerian itu berkata, kira-kira 950 orang terbunuh, manakala 5,000 lagi cedera dalam serangan ke atas Gaza.

Tiada elektrik, air, terpaksa guna bateri kereta untuk dapatkan internet - Dr Nurul Ain kongsi situasi genting di Gaza

Sementara itu, Nurul Ain turut berkongsi tindakan adik iparnya mengisi bekalan air yang diambil dari tempat lain ke dalam tangki simpanan dan kini mereka hanya bergantung dengan bateri kereta sebagai sumber tenaga untuk mendapatkan liputan internet.

Sementara itu, pada Ahad, beliau merayu kepada rakyat Malaysia agar menyumbang kepada mereka yang terkesan akibat serangan tanpa henti dari zionis.

“Saya merayu dan menyeru kepada kawan-kawan serta saudara mara untuk berkongsi rezeki iaitu makanan, selimut dan bantal bersama mereka yang kehilangan rumah dan menetap di sekolah sekarang.

“Insya-ALLAH, saya menyampaikan amanah anda sepanjang dan sementara saya masih di tanah Gaza,” ujarnya.

Baca Lagi:
SPRM serbu lima kilang seleweng subsidi, simpan beras di Kedah
Imam meninggal dunia diserang sakit jantung terkejut ‘jenazah’ yang siap untuk dikebumikan hidup semula
Kisah pekerja yang setia dengan 1 majikan selama 84 tahun, siap masuk rekod dunia
CATEGORIES