“Thank you uncle” – Uncle bancuh simen tepi jalan tampal jalan berlubang raih perhatian

“Thank you uncle” – Uncle bancuh simen tepi jalan tampal jalan berlubang raih perhatian

“Thank you uncle” – Uncle bancuh simen tepi jalan tampal jalan berlubang raih perhatian.

Tindakan seorang lelaki mengambil inisiatif sendiri dengan menampal jalan raya berlubang selepas dipercayai bimbang dengan keselamatan pengguna serta mengelak kejadian tidak diingini, telah meraih perhatian ramai.

Aksi dilakukan lelaki terbabit telah dikongsi seorang individu di laman sosial Facebook menerusi beberapa keping gambar pada Sabtu.

"Thank you uncle" - Uncle bancuh simen tepi jalan tampal jalan berlubang raih perhatian

Perkongsian berkenaan turut mendakwa bahawa jalan di simpang keluar dari Taman Bukit Kaya ke jalan besar berhadapan Palm Mall dan KPJ sudah lama rosak selain lubang di jalan itu semakin besar.

“…Tapi pagi ini saya nampak seorang uncle yang bancuh simen di tepi jalan dan tampal jalan yang berlubang itu.

“Betapa mulia hati uncle ini, keluarkan duit sendiri dan tenaga sendiri demi untuk kegunaan orang awam… Thank you uncle,” tulisnya.

Dalam pada itu melalui ruangan komen, rata-rata memuji tindakan lelaki berkenaan, namun tidak kurang juga yang meluahkan rasa kesal selepas jalan berkenaan didakwa tidak diambil perhatian oleh pihak bertanggungjawab.

Seorang daripadanya menulis, “Uncle semoga sihat-sihat selalu. Tuhan saja yang balas kebaikan uncle.”

Seorang lagi menulis, “Ni uncle terbaik, mana pergi pihak berwajib? Uncle lebih tahu risikonya apabila seseorang terjerumus ke dalam lubang.”

Seorang pengguna lain turut mendakwa bahawa lelaki berkenaan pernah melakukan perkara sama di kawasan lain.

“Uncle ni la yang saya nampak turap jalan shortcut di Taman Bukit Kelisa,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna berpendapat sebaliknya apabila memberitahu jalan tidak sepatutnya ditampal sewenang-wenangnya.

“Mana boleh tampal sesuka hati. Kalau jalan jadi makin rosak macam mana?” tulisnya.

Sementara itu, usaha Sinar Harian mendapatkan maklum balas pihak berkenaan setakat ini masih tidak berjaya.

Baca lagi:
Tetamu hotel terkejut dikenakan caj RM2,000 kerana merokok dalam tandas di bilik hotel
Cacing ditemui dalam otak gadis 23 tahun angkara makan makanan ini
Pelanggan terkejut, nasi putih RM2.50 sepinggan, sup tulang RM19
CATEGORIES