Tetamu majlis perkahwinan terkejut dapat buah tangan kotak berisi anak ayam

Tetamu majlis perkahwinan terkejut dapat buah tangan kotak berisi anak ayam

Sebuah video yang menjadi tular di laman sosial memaparkan tetamu-tetamu yang menghadiri sebuah majlis perkahwinan menerima buah tangan yang unik untuk dibawa pulang, dilaporkan oleh portal berita Wolipop semalam.

Lebih mengejutkan lagi, buah tangan tersebut adalah anak ayam.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @barbie.sin, puluhan kotak hadiah berwarna coklat diisi dengan anak ayam.

Tetamu majlis perkahwinan terkejut dapat buah tangan kotak berisi anak ayam

Anak-anak ayam tersebut mempunyai pelbagai warna seperti jingga, merah jambu, hijau, kuning, dan lain-lain.

Kejadian ini berlaku di Mojosari, daerah Mojokerto, wilayah Jawa Timur.

Video tersebut telah mendapat jumlah tontonan lebih daripada 1.4 juta.

“Buah tangan yang sangat berguna,” kata seorang pengguna laman sosial.

Baca Juga:
Reaksi bibik terkejut tengok bil elektrik melambung buat ramai terhibur, ‘macam dia pula yang kena bayar’
“Besarnya lampu study dia”- Video pelajar perempuan study bawah lampu jalan raih pujian orang ramai
Belajar sampai sekolah menengah, wanita ini terima gaji sebulan lebih RM29,000
CATEGORIES