Tesla tawar RM10,000 galak rakyat Malaysia beralih kepada EV

Photo of author

By Syima Iza

Tesla tawar RM10,000 galak rakyat Malaysia beralih kepada EV.

Tesla mengumumkan pelancaran Program Pertukaran EV di Malaysia, dengan tawaran masa terhad sebanyak RM10,000 untuk menggalakkan pemilik kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) beralih kepada kenderaan elektrik (EV) Tesla.

Tesla dalam satu kenyataan berkata, program ini membolehkan pemilik kereta menukar dengan mudah kenderaan ICE milik persendirian kepada EV sepenuhnya Tesla.

Tesla tawar RM10,000 galak rakyat Malaysia beralih kepada EV

“Dengan menawarkan insentif yang besar ini, Tesla menggalakkan pelanggan untuk membuat pertukaran, sekali gus mengurangkan jejak karbon mereka dengan ketara dan menyumbang kepada alam sekitar yang lebih bersih,” katanya.

Ciri-ciri utama Program Pertukaran EV termasuk tawaran Tesla untuk membuat penilaian segera secara dalam talian bagi tukar beli, membolehkan pelanggan mendapatkan akses pantas dan mudah untuk mengetahui nilai kenderaan mereka.

Proses tukar beli juga direka dengan mudah, bagi mempermudahkan peralihan lancar daripada kenderaan ICE kepada kereta elektrik Tesla.

Untuk masa terhad, pelanggan yang menukar beli kenderaan ICE mereka akan menerima tambahan sebanyak RM10,000 untuk membeli kereta baharu Tesla, sekali gus memudahkan peralihan kepada pengangkutan yang lebih lestari.

Selain daripada program itu, stok kenderaan Tesla yang tersedia juga layak untuk memohon Insentif Hijau bagi menyokong penggunaan EV di Malaysia.

Pelanggan boleh memiliki Tesla dengan kadar faedah sifar peratus dan bayaran muka minimum 10 peratus.

Di Malaysia, Tesla menawarkan Model 3 dengan harga bermula daripada RM181,000 dan purata bayaran harian serendah RM55, serta Model Y dengan harga bermula daripada RM191,000 dan purata bayaran harian serendah RM58.

Baca Lagi:
Hilang gaji RM783 juta setahun, gaya hidup mewah Neymar bakal berakhir
Sama cantik sama padan, Siti Saleha dedah dirinya sudah bertunang
Aliff Syukri puji suara Fazura unik dan universal, ajak berduet bersama