Tesla Malaysia tawar potongan harga sebanyak RM8,000

Photo of author

By Syima Iza

BARU sahaja beberapa hari lepas, Tesla Malaysia mula menawarkan Model 3 Performance yang telah dikemas kini. Hari ini, ia memperlihatkan penurunan harga untuk kesemua model yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

Tesla Model Y yang dijual terlebih dahulu bermula pada 20 Julai 2023, yang asalnya ditawarkan pada harga RM199,000, kini dijual pada harga RM191,000.

Model Y Long Range AWD pula kini dijual pada harga RM238,000 berbanding harga asal RM246,000, dan model Y Performance AWD dijual pada harga RM280,000 berbanding harga asal RM288,000.

Tesla Malaysia tawar potongan harga sebanyak RM8,000

Model 3 mula dijual dalam tempoh tujuh bulan di Malaysia bermula pada 1 September 2023 tahun lepas, turut menerima penurunan harga.

Versi asas Model 3 dijual pada harga RM181,000 berbanding harga asal RM189,000. Model 3 Long Range AWD pula dari harga RM218,000 diturunkan harganya kepada RM210,000.

Penurunan harga sebanyak RM8,000 ini sejajar dengan penurunan harga yang Tesla lakukan di seluruh dunia, berkemungkinan hasil dari peningkatan skala ekonomi mahupun penggunaan teknologi baharu yang membolehkan harga kos menurun apabila proses pembuatan dan peningkatan jualan membuahkan hasil.

Baru sahaja dua hari lepas, Tesla mengumumkan akan melancarkan EV mampu milik tahun hadapan, jadi sama-sama kita nantikan.

Baca Juga:

Kini berusia 41 tahun, peminat terubat rindu lihat wajah terkini Siti Musliha
Ramai minta ‘bomohkan’ artis selepas tok bomoh kongsi testimoni pelanggan berjaya sihir kembalikan pasangan
Hantaran jelik hina kru TLDM terkorban, Saifuddin Shafik didenda RM23,000