“Terpesona tengok pokok Krismas” – Pelakon Yati Suracham buat keputusan keluar agama Islam pilih agama Kristian

Photo of author

By Syima Iza

“Terpesona tengok pokok Krismas” – Pelakon Yati Suracham buat keputusan keluar agama Islam pilih agama Kristian.

Pelakon senior Yati Surachman mempunyai cerita tersendiri tentang keputusan keluar daripada agama Islam.

Walaupun dibesarkan dan dididik untuk menjadi taat terhadap agama Islam, Yati tetap nekad untuk murtad. Dia memilih untuk menganut agama Kristian.

"Terpesona tengok pokok Krismas" - Pelakon Yati Suracham buat keputusan keluar agama Islam pilih agama Kristian

Menerusi temubual di tayangan YouTube Miracle of Life yang dibuat pada tahun 2022, pelakon senior itu mendedahkan keputusan dirinya untuk ‘pindah agama’.

Bintang Janji Darah itu mengatakan dia mahu menganut agama Kristian selepas terpesona melihat pokok Krismas. Lalu, meskipun mendapat tentangan daripada keluarga, Yati menganut Kristian pada usia belasan tahun.

“Perjalanan hidup, dari 12 tahun sangat sederhana. Lepas hanya melihat pohon Krismas, saya rasa itu indah,” kata Yati seperti yang dilaporkan oleh Insertlive.

Menurut Yati, dia kemudian mula rajin mengikut jirannya ke gereja dan dibaptis tanpa pengetahuan keluarga.

“Saya pergi ke gereja tanpa pengetahuan keluarga. Saya juga rahsiakan telah masuk Kristian sampai habis belajar dan sudah jadi pelakon,” katanya lagi.

Keluarganya kecewa selepas mengetahui keputusan yang dibuat. Malah, suami pelakon itu juga meninggalkan dia kerana sering dituduh keluarganya menjadi penyebab Yati murtad.

Namun, pelakon yang berusia 67 tahun itu nekad dan tetap dengan pendirian untuk menjadi penganut Kristian sehingga kini.

Baca Lagi;
Ini 6 Negara yang tak menyambut ‘Tahun Baharu’ pada 1 Januari
Boleh jana pendapatan lebih, ini rahsia belakang resit ATM yang ramai orang tak tahu
Nafi dakwaan tak pernah bayar pinjaman Mara sejak 2017, Che Ta bakal keluar kenyataan