Terlupa hantar pada pengasuh, bayi perempuan 16 bulan maut tertinggal dalam kereta bapa

Terlupa hantar pada pengasuh, bayi perempuan 16 bulan maut tertinggal dalam kereta bapa

Terlupa hantar pada pengasuh, bayi perempuan 16 bulan maut tertinggal dalam kereta bapa.

Seorang bayi perempuan berusia 16 bulan yang juga anak seorang kakitangan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kuala Nerus maut setelah ditinggalkan secara tidak sengaja di dalam kereta bapanya semalam.

Dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh bapanya pada pukul 4.30 petang.

Terlupa hantar pada pengasuh, bayi perempuan 16 bulan maut tertinggal dalam kereta bapa

Bapa mangsa yang cemas terus bergegas membawa bayi itu di pusat kesihatan IPTA berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, pemeriksaan pegawai perubatan bertugas mengesahkan bayi tersebut sudah meninggal dunia.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati bapa kanak-kanak tersebut terlupa untuk menghantar anaknya itu ke pusat asuhan kanak-kanak IPTA berkenaan pada sebelah pagi.

“Sepasukan anggota polis bergegas ke pusat kesihatan IPTA tersebut sebaik dimaklumkan kejadian itu.

“Mayat bayi tersebut ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk dibedah siasat,” katanya yang dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Baca Lagi:
Wartawan Romania ‘kantoi’ menipu diserang Hamas, sedangkan orang awam berjalan santai
Rakyat Malaysia gaduh dengan rakyat Indonesia sebab menu Patin Tempoyak, rupanya bukan asal dari negeri Pahang?
Orang Israel ‘koyak’ gara-gara warna baju yang dipakai pemberita macam bendera Palestin
CATEGORIES