Terkini : Pesawat ringan terhempas di Felda Gunung Besout, Perak

Terkini : Pesawat ringan terhempas di Felda Gunung Besout, Perak

“Tolong, tolong saya, seorang tak boleh keluar”

Demikian kata seorang wanita yang juga mangsa kejadian pesawat ringan terhempas di kawasan ladang kelapa sawit di Felda Gunung Besout 2 Tambahan, Sungkai di sini hari ini.

Menerusi video tular dikongsikan Shah Sungkei di aplikasi Facebook, wanita tersebut dilihat cedera di bahagian kepala sedaya upaya memanggil orang awam untuk meminta bantuan.

.Terkini : Pesawat ringan terhempas di Felda Gunung Besout, Perak

Menerusi video tular berdurasi 15 saat itu, pemandu pesawat tersebut turut merayu menyelamatkan seorang lagi rakannya tersangkut di dalam pesawat berkenaan.

“Tolong, tolong saya boleh ke, terima kasih banyak-banyak, seorang tersangkut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Setakat ini dua mangsa terlibat dan kedua-duanya selamat,” katanya.

Difahamkan, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu dalam masa terdekat.

Baca Juga:
Penduduk kampung usung ibu baru bersalin sejauh 1 kilometer
Qistina Raisah muat naik gambar atas kapal layar, sekali netizen perasan sesuatu
Lelaki kongsi perangai mak ayah ketika hantar anak ke sekolah, inilah punca sebenar jadi jalan sesak
CATEGORIES