Terkenal makan mayat manusia, burung hering muncul di i-City

Photo of author

By Syima Iza

Terkenal makan mayat manusia, burung hering muncul di i-City.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor berjaya menyelamatkan seekor burung hering yang ditemukan di jejambat berdekatan pusat beli-belah i-City, Shah Alam, pada Khamis.

Pengarah Perhilitan Selangor, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh, memaklumkan bahawa tindakan segera diambil setelah pihaknya menerima laporan daripada orang awam sekitar jam 11 pagi. Burung tersebut disenaraikan sebagai Near Threatened (NT) dalam Senarai Merah International Union for Conservation of Nature (IUCN).

Terkenal makan mayat manusia, burung hering muncul di i-City

Beliau menjelaskan bahawa burung hering tersebut, yang biasanya mendiami kawasan pergunungan tinggi di negara seperti Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Afghanistan, Nepal, Mongolia, dan Barat China, dipercayai telah tersasar daripada laluan penerbangannya.

“Kes seperti ini pernah direkodkan sebelum ini melibatkan spesies yang sama di Malaysia. Ketika burung ini ditemukan, ia berada dalam keadaan lemah dan akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan kesihatan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Wan Mohd Adib turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak bertindak sendiri sekiranya menemui hidupan liar.

Sebelum ini, gambar burung pemangsa tersebut tular di media sosial, memaparkan ia berada di jejambat berhampiran pusat beli-belah di Shah Alam.

Baca Juga:
Ramai yang tak tahu, ini 5 tips boleh jana pendapatan 5 angka dengan promosikan produk di Lazada
Ini 6 fakta kekayaan Sultan Brunei, nombor 1 boleh sesat nak cari bilik tidur
Anak trauma lepas jumpa ‘makhluk’ menyerupai bapa di Hentian Mambau