Rasanya ramai orang sudah tahu mengenai usahawan terkenal Malaysia, iaitu Dato’ Seri Vida (DSV), yang gemar memperagakan barangan mewah bernilai ratusan ribu ringgit.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini seorang TikToker Indonesia telah membuat satu hantaran yang memaparkan harga setiap beg tangan termasuk baju yang pernah dipakai oleh Dato’ Seri Vida.
DSV dianggap sebagai ‘Crazy Rich Malaysia’? Dalam hantaran tersebut, TikToker tersebut memuat naik beberapa gambar Dato’ Seri Vida yang memakai beg tangan mewah dari jenama terkenal antarabangsa seperti Christian Dior, Prada, Miu Miu, Louis Vuitton, dan sebagainya.
Disebabkan beberapa beg yang ditunjukkan dalam gambar itu berharga jutaan rupiah, TikToker tersebut turut menyifatkan Dato’ Seri Vida sebagai ‘Crazy Rich Malaysia’. Harga beg tangan milik Dato’ Seri Vida adalah bermula dari 26 juta Rupiah (RM7,200) sehingga 125 juta Rupiah (RM36,997).
Bagi beg tangan berharga RM7,200, ia merupakan hasil daripada jenama Prada yang berasal dari Milan, Itali, manakala beg termahal dalam hantaran itu adalah dari jenama Chanel yang berasal dari Paris, Perancis. Selain itu, TikToker tersebut juga meletakkan gambar baju sejuk yang dipakai oleh usahawan itu dari jenama Christian Dior yang berharga 79 juta Rupiah (RM23,462).
Netizen Malaysia setuju bahawa DSV memang kaya-raya. Ramai netizen Malaysia turut membanjiri ruangan komen dalam hantaran tersebut.
Rata-rata dari mereka bersetuju bahawa usahawan yang popular dengan tagline ‘Qu Puteh’ tersebut memang seorang yang berharta.