Terkejut lihat peniaga melayu jual apam balik pizza, ini reaksi 2 influencer dari Itali.
Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai menu viral dan rakyatnya yang gemar beratur panjang demi mencuba makanan baru.
Pantang ada sahaja menu yang unik dan sedap, pasti ramai yang berpusu-pusu datang ke kedai. Ini menunjukkan betapa berjaya strategi pemasaran peniaga, bukan?
Jadi, tidak hairanlah jika makanan di Malaysia boleh tular sehingga menarik perhatian pelancong dari negara lain.
Seperti sebuah video tular baru-baru ini yang memaparkan dua orang pempengaruh Itali yang terkejut selepas melihat peniaga Melayu menjual apam balik pizza.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @lionfieldmusic, kelihatan dua lelaki pempengaruh itu terkejut melihat inovasi yang dilakukan oleh peniaga di Malaysia yang menjual menu apam balik pizza.
Walau bagaimanapun, reaksi mereka seolah-olah tidak dapat menerima menu tersebut. Malah, salah seorang daripada mereka sempat berkata “I quit” sebelum video itu berakhir.
@lionfieldmusic Apam Balik pizza? #lionfieldmusic #comedian #apambalik #pizza ♬ original sound – lionfield