“Terima kasih Tun M sudi meluangkan masa untuk menziarahi saya sekeluarga” – Faisal Halim

“Terima kasih Tun M sudi meluangkan masa untuk menziarahi saya sekeluarga” – Faisal Halim

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim, langsung tidak menduga apabila diziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, ke kediamannya hari ini.

Detik itu dikongsikan beliau di laman sosialnya, yang nyata begitu gembira menerima kunjungan negarawan terbabit.

“Tidak pernah terjangka untuk menerima kunjungan dari insan hebat hari ini.

“Terima kasih Tun M sudi meluangkan masa untuk menziarahi saya sekeluarga" - Faisal Halim

“Terima kasih Tun Dr. Mahathir Mohamad sudi meluangkan masa untuk menziarahi saya sekeluarga. InsyaAllah, saya akan terus cekal dan berusaha keras untuk kembali suatu hari nanti. Terima kasih semua kerana terus mendoakan,” ujar Faisal.

Pada 5 Mei lalu, Faisal, atau lebih mesra dengan panggilan Mickey, diserang oleh dua individu tidak dikenali yang menyimbah asid kepadanya.

Susulan insiden malang itu, Faisal terpaksa menjalani empat pembedahan dan kini dia sedang menjalani proses pemulihan.

Sehingga kini, pesalah masih diburu oleh pihak polis yang masih menyiasat dalang di sebalik insiden itu.

Baca Juga:
“Saintis pun menangis tengok nie” – Wanita potong rumput guna kerusi roda raih pujian ramai
Wanita dipaksa ‘resign’ dengan cara yang salah, menang saman hampir RM200k terhadap majikan
Myvi selamba tukar lorong last minute, treler brek sampai berasap
CATEGORIES